nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keselamatan ditingkatkan di tapak menara komunikasi, elak kecurian

12 NOV : Kementerian Komunikasi akan memasang kelengkapan keselamatan bagi mengelakkan kecurian dan vandalisme berlaku lagi di tapak-tapak menara komunikasi seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kelengkapan antikecurian dan vandalisme itu termasuk pemasangan sesalur besi untuk mengelakkan kabel tembaga daripada dipotong dan dicuri.

Menurutnya, langkah itu susulan statistik kes kecurian dan vandalisme yang berlaku hingga menyebabkan kerugian besar.

Katanya, di Sarawak sahaja sebanyak 66 kes kecurian direkodkan dengan 1,440 kes vandalisme antara Januari 2024 hingga Jun lalu yang menyebabkan kerugian lebih RM12.796 juta.

Sementara bagi peningkatan keselamatan menara di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Nie Ching berkata pagar dan kunci keselamatan tambahan dipasang di ruangan kabinet yang menempatkan peralatan elektronik dan bateri bagi melindungi aset daripada dirosakkan atau dicuri.

“Bagi kawasan berisiko tinggi pula, pemasangan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera turut dilaksanakan bagi membantu mengurangkan risiko kes kecurian dan vandalisme.

“Di samping itu, peralatan di tapak menara komunikasi juga dilengkapi peranti pengesan yang akan menghantar isyarat kepada pihak pemberi perkhidmatan sekiranya berlaku pencerobohan atau kerosakan kepada sistem pemancar di tapak menara komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mordi Bimol (DAP-Mas Gading) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pemain industri juga sedang merangka gerak kerja bagi menjalankan operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi itu mensasarkan premis perniagaan atau pengumpulan barang lusuh yang menjadi potensi tempat pelupusan barangan seperti kabel tembaga, bateri dan peralatan elektronik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.