nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akta baharu perkukuh integriti maklumat: Fahmi

13 NOV : Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dan Akta Majlis Media 2025 memperkukuh integriti maklumat negara serta memastikan ruang digital Malaysia kekal selamat, telus dan bertanggungjawab.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kedua-dua akta baharu itu menjadi tonggak utama dalam membentuk ekosistem komunikasi yang beretika dan berakauntabiliti, seiring usaha kerajaan memperkasa ruang awam digital tanpa menjejaskan kebebasan bersuara rakyat.

“Matlamat kami bukan untuk menyekat ucapan, tetapi untuk melindungi ruang awam digital…dengan peraturan yang jelas dan konsisten, rakyat dan pencipta kandungan dapat berinteraksi dengan lebih yakin dan memahami maklumat dengan betul.

“Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 turut menetapkan pelabelan jelas untuk kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) selain memperkenal langkah perlindungan khusus terhadap pengguna rentan terutama kanak-kanak daripada amalan dalam talian yang tidak selamat.

“Majlis Media Malaysia pula akan menjadi platform penting untuk memupuk tanggungjawab dan ketelusan dalam laporan media sekali gus memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap maklumat yang diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Global Public Relations Conference & Festival 2025 (GPRCFMY 2025) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis itu turut disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berkenan berangkat mencemar duli merasmikan pembukaan persidangan GPRCFMY2025.

Sementara itu, Fahmi berkata di sebalik kemajuan pesat teknologi AI yang mampu menghasilkan perkataan, imej dan muzik, beliau mengingatkan hanya manusia mampu memberikan makna, nilai dan empati kepada setiap mesej yang disampaikan.

Katanya,  walaupun AI semakin pintar, komunikasi yang berkesan tetap memerlukan sentuhan kemanusiaan kerana teknologi tidak mampu menggantikan hati nurani dan konteks yang membentuk kepercayaan antara manusia.

“Dalam era digital ini, peranan pengamal komunikasi amat penting untuk menyalurkan empati, membina kepercayaan dan memelihara integriti maklumat..dunia kini berdepan cabaran maklumat yang semakin kompleks dengan kewujudan kandungan sintetik, manipulasi data serta penyebaran berita palsu yang mampu menjejaskan kepercayaan awam.

“Justeru, kerajaan komited memastikan kemajuan teknologi tidak mengorbankan nilai kemanusiaan dalam komunikasi sebaliknya menjadi alat yang memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti di ruang digital,” katanya.

Bertemakan Memperkasa Kemanusiaan: Mendefinisi Semula Dunia Perhubungan Awam dalam Era Kecerdasan Buatan, GPRCFMY 2025 bertujuan untuk menyatukan suara global dalam bidang hubungan awam (PR) dan komunikasi strategik.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari sehingga Sabtu ini menghimpunkan lebih 800 perserta termasuk 250 peserta antarabangsa dalam kalangan pengamal komunikasi, pengamal dan pembuat dasar dari seluruh ASEAN dan peringkat global.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.