nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bung Moktar setia pada UMNO : Ismail Sabri

5 DIS : Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin disifatkan sebagai seorang pemimpin setia kepada UMNO yang kekal dalam perjuangan ketika ramai meninggalkan parti.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas Naib Presiden UMNO mengenang kembali memorinya bersama Allahyarham sepanjang perkenalan mereka.

“Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya menerima khabar yang sangat menyedihkan. Saya kehilangan seorang sahabat karib, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Saya dan Allahyarham mempunyai banyak memori bersama dalam parti, kerajaan serta di Dewan Rakyat. Allahyarham merupakan seorang sahabat seperjuangan yang sangat kental dan tidak pernah mengenal erti lelah.

“Ketika ramai sahabat yang meninggalkan UMNO selepas PRU (Pilihan Raya Umum) 2018, beliau kekal dan tidak berganjak sedikit pun daripada perjuangannya untuk mempertahankan UMNO. Kesetiaan yang tiada tolok bandingnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pemergian Allahyarham Bung bukan sahaja dirasai rakyat Sabah tetapi seluruh Keluarga Malaysia kerana kehilangan seorang tokoh pemimpin yang lantang dan berani untuk membela suara rakyat.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi.

Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu disahkan anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan sebelum itu, Bung Moktar menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu berikutan kegagalan fungsi buah pinggang serta jangkitan teruk pada paru-paru.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu lalu, pemimpin berusia 66 tahun itu berjaya memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.