nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kini masa untuk bekerja, PM beritahu Kerajaan Sabah

6 DIS : Kerajaan baharu Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 perlu memberi tumpuan segera kepada pelaksanaan cadangan dan penyelesaian masalah rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tempoh selepas pilihan raya bukan masa untuk berlengah, sebaliknya kerajaan mesti terus bekerja bagi memenuhi harapan rakyat.

Beliau berkata, meskipun PRN17 baru sahaja selesai seminggu lalu, agenda pembangunan dan usul yang dikemukakan pelbagai pihak harus dilaksanakan melalui kerjasama semua pihak.

“Saya hadir (ke Sabah) untuk menunjukkan selesai saja PRN17, sekarang waktu untuk kita mula bekerja dan saya juga beri penjelasan menggunakan majlis ini serta memberi jaminan kepada rakyat Sabah musim pilihan raya itu adalah musim terbaik kita dengar keluhan dan usul daripada semua pihak.

“Ada usul daripada rakan kita sama ada diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atau juga rakan dalam pembangkang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Sekadar mendengar pandangan dan menilai, tapi yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh bekerjasama melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, kematangan politik dapat dilihat apabila keputusan PRN17 diterima dengan baik oleh semua pihak, meskipun ada yang sedikit kecewa.

“Pilihan raya sudah berakhir untuk kita menghadapi lima tahun akan datang dan seperti mana juga yang dinyatakan ada yang rasa gembira, ada yang sedikit kecewa, itu lazim dalam pertarungan demokrasi tetapi kematangannya ialah apabila kita terima dengan baik.

“Kebijakan dan hikmahnya adalah kita gunakan kesempatan itu mendengar secara serius apa yang disuarakan, apa yang menjadi tuntutan, apa yang dibanggakan oleh rakyat dan apa yang diresahkan oleh mereka,” katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa kehadirannya ke Sabah hanya beberapa hari selepas PRN17 adalah bagi menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk terus bekerja bersama kerajaan negeri.

“Walaupun saya di sini sekitar dua hari sahaja, tapi kita tinjau dari dekat dan menemui ramai tokoh dan melihat sendiri kekuatan suku-suku kaum daerah-daerah bandar, pinggir bandar, desa dan pedalaman.

“Bagaimana kita dapat tingkatkan usaha, kerana itu saya datang segera selepas pilihan raya kerana tidak mahu ada anggapan bahawa janji orang politik itu sebelum pilihan raya dan selepas menang dia rasa selesa.

“Tapi seperti mana kita dengar sendiri daripada sahabat saya Datuk Seri Hajiji, ini bukan budaya politik kita. Budaya politik kita ialah sebaik saja pilihan dibuat dan akad sumpah pun jam 3 pagi,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Hajiji atas kejayaan membentuk kerajaan diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas PRN17 pada 29 November lalu.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.