30 DIS : Kumpulan pejuang Hamas mengumumkan kematian jurucakapnya, Abu Ubaidah dalam serangan udara Israel, Ogos lalu.
Berita dukaitu diumumkan Ezzedine al-Qassam Brigades menerusi satu klip video yang dimuat naik di saluran Telegram rasmi kumpulan itu.
“Kami berhenti sejenak dengan penuh penghormatan terhadap lelaki bertopeng yang dicintai jutaan orang…komander syahid agung dan jurucakap Briged Qassam, Abu Ubaidah,” menurut video itu.
Sebelum ini, Israel mendakwa Abu Ubaidah terbunuh dalam satu serangan di Gaza yang berlaku pada 30 Ogos lalu namun Hamas tidak mengesahkan dakwaan tersebut ketika itu.
Nama Abu Ubaidah sebelum ini menjadi tumpuan dunia ketika konflik Gaza dengan Israel semakin kritikal dan kelibatnya ketika tampil menyampaikan kenyataan rasmi Hamas sering dinanti-nantikan.
Kenyataan yang dibaca Abu Ubaidah atau nama sebenarnya Hudhayfa Samir al-Kahlout termasuk tentang operasi ketenteraan dan isu pertukaran tahanan yang dinantikan penduduk Gaza serta media Arab dan antarabangsa.