nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkukuh perpaduan, jayakan Malaysia MADANI 2026 : PM

31 DIS :  Seluruh rakyat Malaysia diajak melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan serta tekad yang kukuh bagi memastikan agenda reformasi serta kemakmuran negara terus diperkasa secara inklusif.

Menerusi perutusan Tahun Baharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memperkukuh perpaduan nasional agar manfaat pembangunan dan kemajuan negara dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menjelang sambutan Tahun Baharu 2026, esok.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi jaminan Kerajaan MADANI akan terus menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat merupakan kunci utama untuk membina sebuah negara yang adil, makmur dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar.

Beliau turut menzahirkan harapan agar tahun 2026 membawa sinar baharu buat negara dan rakyat Malaysia.

“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.