31 DIS : Sempena menyambut Tahun Baharu 2026, ibu bapa dinasihatkan memantau penggunaan peranti anak-anak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ibu bapa juga diingatkan agar waspada terhadap taktik-taktik penipuan yang berleluasa.
“Sedikit peringatan kepada ibu bapa kita harapkan semua sentiasa berhati-hati, awasi taktik-taktik scam (penipuan) yang baharu.
“Untuk anak-anak, tak payah main TikTok. Ingat peranti bukan pengasuh,” katanya.
Beliau berkata demikian dalams atu klip video perutusan sempena Tahun Baharu 2026 yang disiar di Facebook Kementerian Komunikasi, hari ini.
Dalam video sama, Fahmi berharap tahun baharu ini akan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat menceburi pelbagai bidang untuk kemajuan diri.
“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu dan semoga tahun 2026 kita kekal cergas, negara berada di landasan yang betul, ringgit semakin kukuh, ekonomi semakin sihat, kita mempunyai lebih banyak peluang supaya rakyat menceburi bidang-bidang yang boleh memajukan diri dan keluarga serta masyarakat juga negara,” katanya.