nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kandungan tidak senonoh, MCMC bakal saman X

13 JAN : Platform X kini bakal berdepan tindakan undang-undang susulan kegagalan aplikasi media sosial itu memastikan keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) Grok.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Kementerian Komunikasi sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap X Corp. dan xAI LLC.

“Peguam cara sudah dilantik dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Notis sudah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu yang mengkehendaki penghapusan kandungan yang menyalahi undang- undang. Tiada tindakan pemulihan telah diambil,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan menyekat sementara akses AI, Grok milik X itu susulan penyalahgunaan berulang kali untuk menjana kandungan lucah, kandungan seksual eksplisit, kandungan tidak senonoh yang jelik melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

Menurut kenyataan itu, MCMC sudah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya.

“Ini termasuk kandungan lucah berunsur seksual secara eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

“Kandungan yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak merupakan perkara yang amat membimbangkan.

“Perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang Malaysia dan menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Justeru itu, kata MCMC, X Corp. dan xAI LLC boleh dipertanggungjawabkan walaupun kandungan tersebut dijana oleh pengguna.

“Mereka kekal mempunyai kawalan terhadap reka bentuk, pelaksanaan, mekanisme penyeliaan, serta langkah mitigasi risiko bagi Grok.

“Tanggungjawab tidak boleh diketepikan apabila perlindungan sistemik gagal berfungsi,” menurut MCMC.

Selain itu, MCMC turut mengambil maklum kegagalan X Corp. dan xAI LLC untuk menguatkuasakan dasar serta kawalan dalaman mereka sendiri.

“Kegagalan ini berkemungkinan memudahkan berlakunya aktiviti dalam talian yang menyalahi undang-undang di Malaysia,” kata MCMC.

Tambah MCMC, pihaknya kekal komited untuk menegakkan undang-undang Malaysia dan melindungi kepentingan awam.

“Semua platform digital yang beroperasi di Malaysia atau memberi kesan kepada Malaysia hendaklah mematuhi sepenuhnya semua keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkenaan,” kata MCMC.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.