nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SARA: Orang bujang belajar hanya beli barang keperluan

16 JAN :  Seramai 3.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang mula menerima bantuan menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula hari ini sebagai sebahagian usaha kerajaan meringankan beban rakyat menghadapi kos sara hidup.

Program bantuan berkenaan disambut baik rakyat di seluruh Malaysia yang menyifatkan ia sedikit sebanyak membantu meringankan kos keperluan harian mereka dan memberi kelegaan dalam mengurus perbelanjaan bulanan.

Pekerja di Nilai, Nurin Adibah Hisham, 24 menyifatkan bantuan SARA dapat mengurangkan tekanan perbelanjaan harian dengan pembelian keperluan asas seperti makanan dan barangan rumah dapat dibeli menggunakan MyKad.

Katanya, ia sekali gus membolehkan pendapatannya yang tidak tetap disalurkan kepada komitmen lain selain berpendapat mekanisme tanpa tunai melalui MyKad memudahkan perancangan perbelanjaan kerana bantuan hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan.

“Bagi pekerja sambilan seperti saya, bantuan ini sekurang-kurangnya memastikan keperluan asas sentiasa mencukupi walaupun pendapatan tidak menentu.

“Saya berharap kerajaan boleh menambah variasi barangan yang layak dibeli dalam program ini supaya penerima bujang dapat memilih barangan mengikut keperluan mereka,” katanya kepada BBCPORTAL.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan seramai 3.1 juta penerima SARA boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih seluruh negara.

Sementara itu, editor kandungan, Tan Joe Dee, 32 dari Kuala Lumpur berkata bantuan SARA memberi kesan positif dalam membentuk keutamaan perbelanjaan harian khususnya dalam mengurus keperluan asas.

Katanya, bantuan itu juga mendorong beliau untuk lebih berdisiplin dalam berbelanja dengan memberi tumpuan kepada barangan yang benar-benar diperlukan.

“Bantuan SARA membentuk cara berfikir saya untuk mengutamakan keperluan asas seperti sabun  pakaian dan tuala wanita berbanding barangan tidak mendesak.

“Walaupun saya memahami keperluan pengesahan bagi mengelakkan penyalahgunaan tapi mungkin proses pembayaran bantuan di kaunter boleh dipertingkatkan kerana beratur terlalu lama memakan masa dan menyebabkan kesesakan di kedai,”katanya.

Bagi pegawai khidmat pelanggan, Deenesh Raja Rajandran, 28 dari Kuala Lumpur, bantuan SARA memainkan peranan dalam meringankan sebahagian kos hidup bulanan khususnya bagi barangan dapur dan keperluan asas yang menjadi keutamaan penerima.

“Bantuan ini membantu saya mengurus perbelanjaan asas setiap bulan walaupun jumlahnya masih terhad untuk menampung keseluruhan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kerajaan wajar menyesuaikan jumlah bantuan mengikut kos hidup semasa dan bilangan tanggungan serta memperluaskan jenis barangan yang boleh dibeli agar bantuan ini lebih praktikal dan berkesan untuk penerima bujang,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan bantuan SARA bagi kategori bujang kepada individu berusia antara 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah yang layak serta telah diluluskan di bawah program STR 2026.

Mereka akan menerima RM50 sebulan manakala penerima yang turut tersenarai dalam sistem eKasih akan menerima RM100 sebulan, menjadikan jumlah tahunan masing-masing RM600 dan RM1,200.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.