nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026

19 FEB : Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan peningkatan mata indeks 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Indeks Harga Pengguna (IHP).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyatakan empat kumpulan merekodkan peningkatan lebih tinggi pada Januari 2026 berbanding bulan sebelumnya.

“Penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (6.6 %); pendidikan (3.2%); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.2%) dan rekreasi, sukan dan kebudayaan (0.9%).

“Kedua-dua kumpulan minuman alkohol dan tembakau (2.5%) dan makanan minuman (1.5%) meningkat pada kadar sama yang direkodkan pada Disember 2025.

“Namun begitu, peningkatan perlahan bagi kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan (5.5%); restoran dan perkhidmatan penginapan (3.0%); kesihatan, (1.4%); maklumat dan komunikasi, (0.7%) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.2%), sedikit sebanyak mengimbangi inflasi daripada terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, inflasi bagi kumpulan pakaian dan kasut kekal tidak berubah pada Januari 2026 manakala kumpulan pengangkutan mencatatkan trend menurun kepada -0.7% pada Januari 2026 berbanding 0.1% pada bulan sebelumnya.

Mohd Uzir berkata kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.5 peratus, kadar yang sama direkodkan pada Disember 2025 dan subkumpulan makanan di luar rumah merekodkan peningkatan yang lebih perlahan kepada 2.5 peratus berbanding 2.7 peratus pada Disember 2025 manakala, subkumpulan makanan di rumah meningkat lebih tinggi 0.6 peratus pada Januari 2026.

Katanya, peningkatan ini disumbangkan inflasi kelas perbelanjaan Daging (1.3%) dan Susu, produk tenusu lain & telur (0.3%).

Selain itu, kelas perbelanjaan sayur-sayuran terus merekodkan penurunan kepada negatif 3.0 peratus berbanding Disember 2025 (-4.2%).

Mohd Uzir berkata inflasi bagi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat lebih tinggi kepada 1.2 peratus pada Januari 2026 berbanding 0.9 peratus pada Disember 2025.

“Pengemaskinian kadar Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dikenakan ke atas pelanggan domestik di Semenanjung Malaysia bagi penggunaan lebih daripada 600 kilowatt per jam (kWh), telah menerima rebat sebanyak 4.99 sen/kWh bagi tempoh 1 hingga 31 Januari 2026 berbanding AFA yang dikenakan bagi tempoh 1 hingga 31 Disember 2025 (6.42 sen/kWh).

“Pengemaskinian ini memberi impak kepada purata nilai tarif elektrik berbanding tempoh sebelumnya. Namun begitu, pengguna domestik dengan penggunaan 600 kWj dan ke bawah kekal tidak terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, katanya inflasi kumpulan pengangkutan menurun kepada negatif 0.7 peratus pada Januari 2026 berbanding 0.1 peratus pada Disember 2025.

“Ini didorong oleh kedua-dua subkumpulan perkhidmatan pengangkutan barangan dan pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang merekodkan penurunan kepada negatif 1.4 peratus (Disember 2025: -1.4%) dan negatif 1.0 peratus (Disember 2025: -0.3%).

“Purata harga Petrol tanpa plumbum RON97 pada Januari 2026 ialah RM3.11 seliter, lebih rendah berbanding RM3.24 seliter pada Disember 2025. Sementara itu, purata harga diesel di Semenanjung adalah RM2.89 seliter berbanding RM3.03 seliter pada Disember 2025 (Januari 2025: RM3.06 seliter).

“Manakala, purata harga Diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Purata harga pasaran Petrol tanpa plumbum RON95 meningkat kepada RM2.54 seliter (Disember 2025: RM2.62 seliter) berbanding harga subsidi sebanyak RM1.99 seliter,” katanya.

Jelasnya, inflasi di tiga negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional (1.6%) iaitu Johor (2.1%), Negeri Sembilan (2.0%) dan Pahang (1.9%) manakala 13 negeri meningkat di bawah dan sama dengan kadar inflasi nasional di mana Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.3%) pada Januari 2026.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.