27 FEB : Mahkamah Korupsi Jakarta menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap anak taikun minyak dalam buruan, Mohammad Riza Chalid.
Muhammad Kerry Adrianto Riza didakwa terlibat dalam skandal rasuah besar melibatkan kerugian syarikat minyak milik Indonesia, Pertamina sekitar AS$17 bilion.
Bekas timbalan pengarah Pengoptimuman Produk di PT Kilang Pertamina Internasional itu didapati bersalah memanipulasi sewaan dan bersekongkol dengan beberapa eksekutif Pertamina.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh membayar denda sekitar AS$59,500 dan pampasan mencecah AS$173 juta atau berdepan penyitaan aset.
Dalam kes melibatkan kerugian besar itu puluhan eksekutif Pertamina dan syarikat berkaitan ditahan.
Pada prosiding berasingan, beberapa bekas pegawai Pertamina turut dijatuhi hukuman antara 9 hingga 15 tahun penjara.