nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

70% lepasan SPM disasar sertai TVET menjelang akhir RMK13

5 MAC : Kerajaan mensasarkan 70 peratus (%) penyertaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata peningkatan sasaran itu selepas pencapaian positif pada tahun lalu dengan penyertaan lebih 53%.

“Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil.1/2026 yang saya pengerusikan hari ini telah menetapkan sasaran baharu iaitu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13.

“Setakat Disember 2025, kadar penyertaan telah mencapai 53.9%, menunjukkan perkembangan positif ke arah sasaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, beberapa inisiatif baharu turut dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

Ini termasuk program Digital Freelancing TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global, program TVETPreneurs bagi melahirkan usahawan muda serta pengukuhan latihan melalui PERHEBAT bagi membantu anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bakal bersara memasuki sektor pekerjaan baharu.

Selain itu katanya, TVET juga akan diperluaskan ke sektor strategik seperti agromakanan melalui TVET Pertanian, di samping membuka laluan kepada pelajar tahfiz untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 setara diploma, sekali gus memperluas peluang kerjaya dalam bidang kemahiran profesional.

Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat itu juga menetapkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 pada 5 Jun hingga 7 Jun depan di Dataran Putrajaya.

“Ia sebagai platform menghimpunkan institusi TVET, pemain industri serta komuniti bagi memperluas peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.

“Insya-Allah, kita mahu TVET terus menjadi pilihan masa depan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang berdaya saing dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.