nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis perlu lebih masa, 6 remaja terlibat Daesh disiasat bawah SOSMA

7 MAC : Siasatan terhadap enam remaja lelaki yang disyaki berkait Daesh dijalankan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) susulan polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk menjalankan penyiasatan secara menyeluruh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan perkara itu disebalik desakan pejuang hak asasi agar tidak menggunakan SOSMA terhadap remaja terutama tiga yang di bawah umur.

Menurut Saifuddin, polis mendapati hasil siasatan awal dan maklumat daripada peranti milik suspek, mereka yang ditahan mengetahui risiko penglibatan dalam aktiviti tersebut.

“Dalam konteks ancaman keselamatan terutama yang mengambil pendekatan keganasan tentunya polis perlukan tempoh yang lebib panjang untuk melengkapkan siasatan.

“Terutama kalau libatkan gerakan serantau. Kita terpaksa hubungi pihak berkuasa negara jiran dan mereka harus lakukan profiling, mengesahkan pula maklumat risikan kita…Kalau libatkan pula maklumat beberapa pelaku yang berpangkalan di luar negara.

“Jadi proses ini tak mungkin selesai dalam tempoh dua tiga hari reman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026, malam tadi.

Menurutnya, penahanan kesemua suspek berjaya dibuat hasil risikan yang dijalankan Cawangan Khas terhadap media sosial dan aplikasi dalam talian lain.

Katanya, terdapat kaedah-kaedah baharu dikesan dalam penyebaran ideologi keganasan yang diselitkan dalam permainan dalam talian.

“Bila dia mengikuti trend ini dan tengok dunia realiti sebenar, terlalu banyak percanggahan. Jadi nak mewajarkan tindakan keganasan itu apabila dia melihat jalan yang ‘betul’ mengikut kefahaman mereka adalah menyertai pergerakan yang berorientasikan keganasan,

“Ini sangat bahaya dalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, pelbagai anutan kepercayaan dan agama, pelbagai budaya yang sudah sekian lama hidup rukun damai,” katanya.

Sebelum ini, polis dilapor menahan enam remaja termasuk tiga di bawah umur sekali gus berjaya  melumpuhkan cubaan menghidupkan kembali ideologi Daesh di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata suspek antara 16 hingga 21 tahun itu berbai’ah kepada pemimpin kumpulan Daesh dan aktif menyokong, merekrut ahli baharu serta memiliki bahan propaganda kumpulan pengganas tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.