nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia ambil langkah tepat perketat had umur media sosial

20 APR : Usaha Malaysia menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilihat sebagai langkah tepat dalam memperkukuh keselamatan digital kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood berkata perbincangan yang sedang berlangsung antara industri, pengawal selia dan masyarakat merupakan satu perkembangan yang sihat kerana ia menunjukkan keputusan tersebut tidak dibuat secara tergesa-gesa.

Menurut beliau, pelbagai pandangan dan realiti di lapangan perlu diambil kira supaya sebarang dasar yang diperkenalkan benar-benar praktikal, boleh dilaksanakan dan berkesan dalam melindungi kanak-kanak di ruang digital.

“Kita di Malaysia memang jelas tentang satu perkara iaitu keperluan untuk memastikan ruang dalam talian lebih selamat untuk kanak-kanak.

“Keutamaan sebenar adalah memastikan setiap dasar yang diperkenalkan dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi perlindungan sebenar kepada kanak-kanak, bukan semata-mata untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada BBCPortal.

Terdahulu, Malaysia dilapor muncul sebagai negara dengan sokongan tertinggi di dunia terhadap cadangan mengehadkan penggunaan media sosial kepada individu berusia bawah 16 tahun berdasarkan kajian global Family First oleh Varkey Foundation.

Kajian itu mendapati sebanyak 77 peratus ibu bapa di Malaysia menyokong pelaksanaan had umur minimum tersebut,diikuti India dengan 75 peratus sokongan, Perancis sebanyak 74 peratus manakala Jepun merekodkan kadar sokongan terendah iaitu 38 peratus.

Mengulas faktor yang mendorong tingginya sokongan rakyat Malaysia terhadap cadangan itu, Mediha berkata kesedaran awam mengenai risiko dalam talian kini semakin meningkat khususnya dalam kalangan ibu bapa.

Menurutnya, isu seperti buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai serta ancaman eksploitasi digital kini dilihat sebagai ancaman nyata dan bukan lagi sekadar kebimbangan teori.

“Ibu bapa dan masyarakat kini lebih terbuka melihat isu seperti buli siber, kandungan tidak sesuai dan pendedahan kepada perkara berbahaya sebagai realiti.

“Perkara seperti ini sudah banyak dilaporkan berlaku di negara kita dan ia secara langsung meningkatkan sokongan terhadap langkah perlindungan yang lebih tegas,” katanya.

Tambah beliau, nilai kekeluargaan yang kuat dalam masyarakat Malaysia juga menjadi faktor penting kerana perlindungan terhadap kanak-kanak dilihat sebagai tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak pada kerajaan atau platform media sosial semata-mata.

“Sokongan tinggi rakyat terhadap isu ini turut memberi isyarat jelas kepada pembuat dasar bahawa masyarakat mahukan tindakan lebih kukuh dalam aspek keselamatan digital.

“Namun, had umur sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong dengan tanggungjawab platform, peranan ibu bapa serta usaha memperkukuh literasi digital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini,” katanya.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.