nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tegas lindungi Selat Melaka, laluan penting global

28 APR : Malaysia berkewajipan mengawal keselamatan Selat Melaka yang menjadi laluan penting tenaga dan perdagangan global.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata gangguan di Selat Hormuz yang berlaku ketika ini mencetuskan ketegangan geopolitik yang besar hingga menjejaskan bekalan dan harga global.

“Konflik di Asia Barat, khususnya di Selat Hormuz, memberi isyarat jelas kepada kita. Selat Hormuz merupakan laluan bagi 20 peratus (%) bekalan tenaga dunia, manakala baki 80% melalui Selat Melaka.

“Jika laluan itu terganggu atau dikuasai, ia boleh mencetuskan ketegangan geopolitik yang besar, menjejaskan bekalan dan harga global. Apatah lagi Selat Melaka.

“Oleh itu, kita kekal dengan pendirian bahawa mengawasi keselamatan Selat Melaka yang menjadi laluan penting kapal-kapal dunia adalah kewajipan kita dan kita tidak bersedia membenarkan mana-mana pihak membuat keputusan unilateral terhadap kawasan kita.

“Kita bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan juga kepentingan warga dunia,” katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Wira Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan Malaysia tidak membenarkan mana-mana kuasa besar memaksakan atau menentukan dasar mereka terhadap negara ini.

“Dalam konteks ASEAN, kita mengekalkan identiti (niche) sebagai zon aman, bebas dan berkecuali. Kita tidak membenarkan mana-mana kuasa besar menentukan atau memaksakan dasar mereka ke atas Malaysia.

“Pendekatan ini dikenali sebagai centrality. Ia bukan bermaksud kita tidak mempunyai pendirian, tetapi kita menyatakan pendirian berdasarkan kepentingan negara.

“Buat masa masa sekarang dari segi pendirian centrality kita, kita mengambil pendirian mengikut kepentingan kita. Kita sentiasa peka dengan kesan ketegangan geopolitik terhadap ekonomi,” katanya.

Menurutnya lagi, buat masa sekarang Malaysia mengambil pendekatan untuk berhubung secara diplomatik dengan semua pihak bagi mengekalkan status quo keamanan yang kita rasai sekarang.

“Jadi maknanya tiga negara posisi itu menentukan keselamatan di situlah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.