nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri tegaskan kelulusan warganegara tidak dibuat sesuka hati

13 MEI : Menteri Dalam Negeri menegaskan proses kelulusan bagi sebarang permohonan kewarganegaraan tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan dan tapisan keselamatan yang ketat.

Menurutnya, tuduhan beliau memberi kerakyatan sesuka hati adalah fitnah yang berniat jahat.

“Dakwaan kononnya saya ‘memberi kewarganegaraan kepada rakyat China sesuka hati’ adalah fitnah berniat jahat yang sengaja dimainkan untuk membakar sentimen rakyat dan mengelirukan masyarakat.

 “Dakwaan tidak bertanggungjawab ini fitnah dan berita palsu yang tidak boleh dijadikan senjata politik, terutamanya ketika Kerajaan MADANI bertungkus lumus membantu rakyat menangani Krisis Bekalan Global.

“Proses kelulusan kewarganegaraan negara bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu. Setiap permohonan tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta tapisan keselamatan yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata sepanjang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau sudah menjelaskan fakta itu beserta data yang lengkap beberapa kali di Parlimen dan kepada media.

Namun katanya, poster berunsur fitnah dan berbaur 3R (institusi diraja, agama dan kaum) ini muncul dan tular lagi selepas penafian dibuat berkait isu sama pada Mac tahun lalu.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan naratif palsu dan sentiasa menyemak fakta daripada sumber yang sahih.

Katanya, penyebaran fitnah dan berita tidak benar bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan negara.

“Saya juga menyeru pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita fitnah dan palsu ini agar menghentikan segera tindakan tidak bermoral tersebut dan bersama-sama menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam mendepani cabaran semasa termasuk isu Krisis Bekalan Global yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Ini bukan masanya untuk menimbulkan keresahan, memainkan sentimen atau menambah beban rakyat dengan fitnah serta propaganda yang tidak berasas.

“Dalam keadaan rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global, semua pihak seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat serta mengutamakan kestabilan, perpaduan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.