nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penguna 16 tahun ada sebulan pindah data akaun media sosial

1 JUN : Pengguna akaun media sosial berusia 16 tahun memiliki masa sebulan untuk memuat turun atau memindahkan data termasuk gambar dan video sebelum sekatan sepenuhnya dijalankan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan ia selaras penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

“Mulai 1 Jun 2026, pemberi perkhidmatan media sosial berlesen hendaklah memastikan hanya pengguna yang berumur 16 tahun dan ke atas dibenarkan mendaftar akaun serta mengakses mana-mana ciri perkhidmatan yang bersesuaian dengan umur mereka.

“Bagi pengguna sedia ada, pengesahan umur akan dilaksanakan secara progresif dalam tempoh sehingga enam bulan oleh pemberi perkhidmatan media sosialyang berkaitan.

“Dalam tempoh tersebut, pengguna sedia ada yang dikenal pasti berumur di bawah 16 tahun akan diberikan satu bulan untuk memuat turun atau memindahkan data mereka, termasuk gambar dan video, sebelum sebarang sekatan, penggantungan atau tindakan lain dikenakan oleh penyedia perkhidmatan media sosial yang berkaitan,” menurut MCMC dalam kenyataan, hari ini.

Menurut MCMC, penguatkuasaan CPC dan RMC menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

“CPC memperkukuh perlindungan kanak-kanak dengan mewajibkan pemberi perkhidmatan media sosial berlesen untuk melaksanakan langkah keselamatan kanak-kanak dalam reka bentuk serta mempertingkatkan perlindungan yang bersesuaian dengan umur bagi pengguna kanak-kanak dalam persekitaran digital negara,” katanya.

Selaras dengan tanggungjawab berkanun di bawah ONSA, pemberi perkhidmatan media sosial berlesen dikehendaki melaksanakan langkah perlindungan termasuk pengesahan umur pengguna berdasarkan had umur minimum 16 tahun.

Pengesahan umur hendaklah dibuat berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia atau rekod setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, menurut MCMC.

Keperluan pengesahan umur itu terpakai kepada perkhidmatan media sosial berlesen termasuk Facebook, Instagram, Tik Tok dan YouTube selaras dengan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung keselamatan dalam talian dan aspek perkembangan kanak-kanak.

Justeru itu, MCMC menggesa semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen mematuhi sepenuhnya obligasi statutori mereka di bawah CPC dan ONSA termasuk melaksanakan langkah pengesahan umur yang berkesan di platform masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

“MCMC memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan ini danakan mengambil tindakan kawal selia serta penguatkuasaan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang.

“RMC melengkapkan langkah-langkah tersebut dengan mewajibkan pemberiperkhidmatan melaksanakan perlindungan secara proaktif, termasuk menjalankan penilaian risiko, memperkukuh penyederhanaan kandungan, menyediakan kawalan keselamatan pengguna serta meningkatkan akauntabiliti platform,” kata suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan, pemain industri dan masyarakat bagi memupuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.