nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Percepat Grid Tenaga ASEAN bagi jamin bekalan

4 JUN : Integrasi tenaga serantau menerusi Grid Tenaga ASEAN (APG) perlu dipercepatkan bagi menjamin bekalan tenaga yang selamat, mampan dan mampu milik di tengah-tengah krisis tenaga global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu memerlukan inovasi teknologi, pelaburan dan kerjasama serantau.

“Kecerdasan buatan (AI) sedang dengan pantas mentransformasikan ekonomi, industri dan masyarakat. Namun transformasi ini membawa implikasi tenaga yang besar.

“Namun AI, jika dilihat secara positif, mewakili peluang untuk mempercepatkan usaha peralihan tenaga.

“Sekarang, daripada meningkatkan kecekapan grid hingga meramal penjanaan tenaga boleh diperbaharui hingga mengoptimumkan penggunaan tenaga industri, AI mempunyai potensi untuk mengukuhkan sistem tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada pelancaran Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26), hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata cabaran kini dihadapi bagi menghasilkan lebih banyak tenaga, memastikan ia kekal selamat dan mampu milik serta mampan.

“Saya menekankan perkataan mampu milik kerana apa jua keputusan mengagumkan yang dikemukakan, saya akan melihat harga yang akan dibayar pengguna.

“Saya pernah menyampaikan kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Saya kata, sudah tentu kami kagum dengan prestasinya, tetapi kami akan gagal dalam tugas jika tidak memastikan kejayaan itu dikongsi bukan sahaja oleh kakitangan biasa di semua peringkat, tetapi kepada pengguna, khususnya golongan miskin dan yang terpinggir,” katanya.

Tegas beliau, permintaan tenaga di rantau ASEAN diunjurkan meningkat lebih 60 peratus menjelang 2040 yang sekali gus menjadikan cabaran tenaga itu jauh lebih besar.

“Inisiatif perintis ini sudah menunjukkan bukan sahaja kebolehlaksanaan teknikal integrasi tenaga serantau, tetapi juga keupayaan ASEAN untuk menukarkan cita-cita bersama kepada operasi yang nyata.

“Namun kemajuan sebegini juga memaksa kita berdepan soalan selanjutnya, bagaimana kita mempercepatkan peralihan sebagai negara, ekonomi dan masyarakat ke arah sumber tenaga yang lebih bersih dan lebih mampan sambil memastikan ketahanan, kemampuan dan keselamatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.