nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kecam rancangan Israel perluas penempatan haram di Palestin

16 JUL : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rancangan terbaharu rejim zionis Israel untuk memperluaskan penempatan haram di Wilayah Palestin yang diduduki.

Kementerian Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa dan ancaman terhadap usaha mewujudkan keamanan yang adil serta berkekalan.

Dalam kenyataan pada Khamis, Wisma Putra berkata pelan perluasan penempatan haram bernilai AS$2.3 bilion itu merupakan cubaan terancang untuk mengukuhkan pendudukan haram Israel, selain terus menafikan hak mutlak rakyat Palestin.

“Tindakan ini merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan cubaan terancang untuk memperkukuh pendudukan haram rejim berkenaan, serta menafikan hak-hak mutlak rakyat Palestin.

“Perluasan penempatan haram ini merupakan ancaman langsung terhadap peluang pencapaian keamanan yang adil dan berkekalan. Tindakan ini menunjukkan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan serta Konvensyen Geneva Keempat,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Wisma Putra menegaskan Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa serta PBB menolak sekeras-kerasnya rancangan perluasan penempatan haram berkenaan kerana ia hanya akan mengekalkan ketidakadilan, mencetuskan ketidakstabilan dan memburukkan lagi keadaan di rantau itu.

Menurut kenyataan itu, rakyat Palestin sekian lama berdepan penderitaan akibat pendudukan haram, perampasan hak milik dan tanah, selain pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan.

“Perluasan penempatan haram oleh rejim Zionis Israel ini tidak boleh diteruskan di bawah sebarang alasan sekalipun.

“Sebaliknya, ia dengan jelas mencerminkan usaha terancang rejim tersebut untuk menafikan hak rakyat Palestin, termasuk hak untuk menentukan nasib sendiri serta menubuhkan sebuah Negara Palestin yang bebas dan berdaulat di wilayah mereka sendiri di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur,” menurut kementerian itu lagi.

Malaysia turut menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin serta mengulangi sokongan terhadap penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.