nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pasport Malaysia siap sejam, antara terpantas di dunia

21 JUL : Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dalam pengurusan dokumen perjalanan apabila permohonan pasport antarabangsa baharu kini dapat disiapkan dalam tempoh hanya satu jam, sekali gus menjadikannya antara proses pengeluaran pasport terpantas di dunia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap sistem imigresen negara, seiring kedudukan pasport Malaysia yang kini berada di tangga ketiga paling berkuasa di dunia.

“Kedudukan pasport Malaysia di tangga ketiga sebagai pasport paling berkuasa di dunia secara tidak langsung membina keyakinan dunia kepada Malaysia.

“Saya juga merasa bangga untuk mengumumkan bahawa permohonan pasport baharu yang diuruskan dalam tempoh satu jam merupakan proses pengeluaran terpantas di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Imigresen ke-104 di Cyberjaya, hari ini.

Saifuddin turut berkongsi pencapaian negara yang meluncurkan pasport antarabangsa versi baharu baru-baru ini.

Pasport tersebut dipertingkatkan tahap keselamatan dengan 94 ciri-ciri keselamatan untuk memastikan peningkatan keselamatan pasport, katanya.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara kepada pelbagai inisiatif kerajaan sehingga membantu negara mencapai kedudukan yang lebih baik dalam beberapa penarafan antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia kini menduduki tempat pertama dalam ranking Medical Tourism 2025, tempat kedua di ASEAN bagi QS Best Student Cities 2026, selain muncul sebagai destinasi pelancongan utama di ASEAN berdasarkan laporan 2025.

Beliau berkata, penubuhan dua Expatriate Satellite Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut memudahkan urusan pelabur serta tenaga mahir dalam sektor strategik seperti semikonduktor, ekonomi digital, minyak dan gas serta projek infrastruktur mega negara.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan JIM berjaya mencatat kutipan hasil melebihi RM5.2 bilion pada 2025 antara yang tertinggi dalam kalangan agensi kerajaan.

Katanya, jabatan itu turut mengekalkan kutipan sekitar RM5 bilion bagi tiga tahun berturut-turut, manakala sehingga Jun tahun ini hasil yang dikutip telah mencecah RM2.6 bilion dan dijangka sekali lagi mencapai sasaran tersebut menjelang akhir tahun.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan membuktikan JIM bukan sahaja berperanan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, malah menjadi antara agensi penting yang menyokong pertumbuhan ekonomi serta daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.