nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC anjur CTPR Masterclass, perkukuh kefahaman teknologi baharu

27 JUL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menganjurkan edisi pertama Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Masterclass 2026 di Sarawak bagi memperkukuh keupayaan dasar digital serta kawal selia komunikasi di Malaysia termasuk rantau ASEAN.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penganjuran itu mencerminkan komitmen memperluas pembangunan kapasiti kawal selia ke Malaysia Timur selain mengukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju serantau dalam sektor komunikasi serta ekonomi digital.

“Masterclass ini menyediakan platform strategik kepada kerajaan, pengawal selia, penggubal dasar serta pemain industri untuk memperkukuh kefahaman terhadap teknologi baharu, di samping membangunkan dasar serta rangka kerja kawal selia yang bersifat tangkas, neutral teknologi serta bersedia menghadapi masa depan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, menurut MCMC landskap digital kini semakin berkembang merentasi telekomunikasi, penyiaran, platform dalam talian, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan serta komunikasi satelit.

Perkembangan itu katanya menjadikan pembangunan kepakaran institusi serta kepimpinan kawal selia semakin penting.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan program tersebut menghimpunkan pengawal selia, pegawai kerajaan, penggubal dasar, syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi, ahli akademik serta profesional industri dari Malaysia dan negara anggota ASEAN bagi berkongsi pengalaman selain amalan terbaik dalam bidang kawal selia.

“Sepanjang program, peserta mengikuti sesi pembelajaran eksekutif serta perbincangan interaktif dikendalikan pakar tempatan termasuk antarabangsa meliputi topik kawal selia konvergen, tadbir urus AI, Open RAN, pembangunan 6G, komunikasi satelit, pengurusan spektrum pintar, keselamatan siber, tadbir urus data, ekonomi infrastruktur, aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta transformasi digital mampan.

“Program ini dirangka untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan praktikal, amalan terbaik antarabangsa serta pandangan strategik bagi membangunkan pendekatan kawal selia yang berkesan, berasaskan bukti serta berpandangan jauh, sekali gus menyokong inovasi, pelaburan mampan dan pertumbuhan berterusan ekosistem komunikasi serta digital.

“Melalui inisiatif seperti CTPR Masterclass, MCMC kekal komited memperkukuh kapasiti serta keupayaan penggubal dasar, pengawal selia dan pemimpin industri untuk menghadapi perkembangan teknologi masa depan, di samping mengukuhkan kerjasama serantau serta menyokong pembangunan ekosistem digital yang diyakini, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa depan di seluruh Malaysia serta rantau ASEAN,” menurut MCMC.

CTPR Masterclass diperkenalkan sejak 2015 dan sudah melatih hampir 400 pengawal selia, penggubal dasar, pegawai kerajaan, ahli akademik serta profesional industri dari Malaysia bersama negara ASEAN.

Difahamkan, selepas edisi Sarawak, program sama akan diteruskan di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Program selama lima hari bermula 27 hingga 31 Julai di Hotel Pullman Kuching itu dianjurkan bersama Universiti Multimedia (MMU), GSMA serta MMU CNERGY yang dirasmikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.

*Foto : Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.