nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat susah tapi ada pihak nikmati kekayaan hasil khianati amanah

28 OGOS : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan ketika rakyat berdepan kesusahan, masih ada segelintir pihak menikmati kekayaan hasil amanah yang dikhianati serta keadilan yang dipermainkan.

Baginda bertitah, keadaan itu merupakan satu bentuk kezaliman apabila kuasa tidak lagi dipandu sifat amanah, sebaliknya dikuasai kerakusan nafsu.

“Baginda bimbang, ketika rakyat bergelut dengan kesusahan, segelintir pihak pula menikmati kekayaan hasil amanah yang dikhianati dan keadilan yang dipermainkan. Inilah kezaliman yang lahir apabila kuasa tidak lagi dipandu dengan sifat amanah, sebaliknya dikuasai dengan kerakusan nafsu.

“Sedar ataupun tidak, tanda-tanda kehidupan di akhir zaman semakin jelas terasa. Zaman di mana amanah diuruskan oleh mereka yang bukan berkelayakan. Zaman di mana amanah dikhianati demi kepentingan diri,” titah baginda menurut kenyataan dikeluarkan Selangor Royal Office, hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Merdeka Daripada Belenggu Kerakusan’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Baginda turut mengingatkan, janganlah sesekali kita menyangka bahawa orang-orang yang berlaku zalim akan terlepas daripada pengadilan Allah SWT. Hakikatnya Allah SWT sengaja menangguhkan azab ke atas mereka yang zalim agar mereka merasakan betapa dahsyat dan gerunnya kemurkaan Allah SWT.

Untuk itu, baginda menyeru umat Islam agar menjauhi sikap pecah amanah kerana perbuatan tersebut boleh meruntuhkan kepercayaan dan menghilangkan keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat.

Sultan Sharafuddin turut senada dengan gesaan khatib agar umat Islam memelihara amanah dengan membebaskan diri daripada cengkaman hawa nafsu, ketamakan dan pengkhianatan.

Baginda bertitah, kemerdekaan sebenar bermula dengan kemampuan mengawal diri daripada perkara yang boleh merosakkan kehidupan.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan setiap individu yang diberi tanggungjawab mengurus harta, kepentingan umat atau dana awam memikul amanah besar di sisi Allah SWT.

“Sesungguhnya, mengurus dana awam dengan amanah ialah tanda cinta kita kepada umat dan negara.

“Jangan biarkan harta yang sepatutnya memberi manfaat kepada umat diseleweng demi kepentingan peribadi,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda mahu masyarakat menunaikan setiap amanah yang diberikan dengan penuh kejujuran, walau sekecil apa pun amanah tersebut kerana amanah merupakan asas kepada kesejahteraan dan kemerdekaan yang hakiki.

“Yang bersalah wajib dihukum, yang amanah wajib disokong dan sistem yang baik hendaklah terus diperbaiki dari masa ke masa.

“Semoga Allah SWT meletakkan perbendaharaan umat Islam Malaysia di tangan hamba-hamba-Nya yang bertakwa lagi amanah,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tahlil sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 peringkat Negeri Selangor di masjid berkenaan.

Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

*Foto: Selangor Royal Office

Get real time updates directly on you device, subscribe now.