29 OGOS : Korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet dilaporkan meningkat kepada 626 orang setakat hari ini sementara, 2,426 lagi masih dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal mengesahkan angka mangsa hilang itu termasuk ratusan warga asing pelbagai warganegara.
Bencana itu memusnahkan penempatan, jambatan serta infrastruktur bekalan elektrik di kawasan terlibat.
Malah ia juga menyebabkan kerosakan teruk pada jalan utama dan gangguan rangkaian telekomunikasi.
Selain itu, pasukan operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran besar untuk memasuki kawasan penempatan terpencil di sepanjang sempadan Nepal-Tibet berikutan timbunan lumpur tebal dan arus sungai yang deras.
Namun kini, kebimbangan banjir susulan timbulan selepas kewujudan tasik baharu yang terbentuk daripada timbunan puing di kawasan pergunungan.
Di Tibet, pihak berkuasa China melaporkan tujuh maut dalam bencana tersebut manakala 554 orang masih hilang termasuk pelancong asing.
Namun, angka sebenar mangsa yang hilang masih belum dapat dipastikan berikutan kemungkinan pertindihan rekod antara agensi di Nepal dan China serta gangguan komunikasi.