nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan KKDW: Kenyataan MoF tidak tepat

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Kementerian Kewangan berhubung peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keseluruhan keadaan sebenar yang berlaku.

Pertama, saya tidak pasti bagaimana Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) boleh menyatakan bahawa KKDW telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan.

Tatacara Kewangan Kerajaan tidak sesekali membenarkan dan Kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan. Setiap permohonan peruntukan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan setiap perbelanjaan tertakluk kepada sistem kewangan Kerajaan yang menggunapakai Intergrated Government Financial Management Accounting System (iGFMAS) Malah, setiap projek/program pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Sekiranya benar berlaku perbelanjaan yang tidak teratur atau melebihi peruntukan, perkara tersebut tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan. Sistem kewangan Kerajaan juga tidak membenarkan sesuatu projek atau program dibelanjakan tanpa butiran dan peruntukan yang telah diluluskan.

Justeru, penggunaan istilah “berbelanja melebihi peruntukan” memberi gambaran yang tidak tepat terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

Kedua, kenyataan Kementerian Kewangan juga tidak menyertakan data bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang amat penting untuk melihat keseluruhan kedudukan antara komitmen projek, peruntukan dan pembayaran.

Dalam tempoh tersebut, negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Walaupun pelaksanaan sebahagian projek terjejas, Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek tertentu telahpun dikeluarkan dan komitmen kontrak telah wujud pada tahun 2019 sehingga tahun 2021.

Apabila projek-projek berkenaan kembali berjalan, tuntutan pembayaran daripada kontraktor turut dibawa ke tahun-tahun berikutnya.

Ini bermakna apabila kerja telah dilaksanakan oleh kontraktor, Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membuat pembayaran mengikut kemajuan kerja dan obligasi kontrak. Projek yang telah dimulakan tidak boleh dihentikan begitu sahaja hanya kerana peruntukan tahunan telah hampir digunakan sepenuhnya.

KKDW juga telah mengambil langkah kawalan lebih awal. Antaranya termasuk penyusunan semula peruntukan dalaman Kementerian, mengehadkan komitmen baharu, membatalkan tender-tender yang berimpak tinggi untuk masyarakat desa serta mengehadkan projek di peringkat pra-pelaksanaan.

KKDW turut mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Kewangan pada suku tahun kedua tahun 2026 untuk menampung keperluan pembayaran tertangguh bagi projek-projek yang sedang berjalan.

Ketiga, kenyataan Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa sebanyak RM300 juta peruntukan tambahan telah diluluskan juga perlu diperbetulkan.

RM300 juta tersebut bukan peruntukan tambahan, sebaliknya merupakan peruntukan yang sewajarnya disalurkan dan telah pun diberikan melalui Surat Kuasa Berbelanja (SKB) yang dikeluarkan pada petang 1 September 2026 setelah isu ini disuarakan sekali lagi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada pagi hari yang sama.

Peruntukan ini bagi menampung komitmen dan tunggakan pembayaran yang dibawa daripada tahun-tahun sebelumnya. Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan RM300 juta tersebut sebagai peruntukan tambahan baharu kepada KKDW.

Walaubagaimanapun, kelulusan dan penyaluran RM300 juta berkenaan adalah amat dihargai. Namun, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan keperluan pembayaran yang sedang dihadapi kerana pelarasan hanya akan dibuat pada hujung tahun 2026 berdasarkan penjimatan atau lebihan baki peruntukan Kementerian.

Pelbagai sesi konsultasi dan perbincangan telah dibuat bersama Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini. Tetapi, sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan masih tertangguh dan belum mendapat penyelesaian yang tuntas.

Malah, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa peruntukan ini tidak dibayar secara terus oleh KKDW kepada kontraktor pelaksana tetapi peruntukan ini akan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya atau agensi penyelia pelaksanaan projek.

Sebaiknya perkara ini tidak seharusnya menjadi pertikaian antara Kementerian. Apa yang lebih penting ialah mencari penyelesaian segera terhadap komitmen pembayaran yang telah wujud.

KKDW akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh supaya segala komitmen kerajaan dapat diselesaikan dengan baik. Ini juga bagi memastikan persepsi seolah-olah KKDW melakukan kesalahan dalam perbelanjaan dan tidak berhemah dari segi amanah peruntukan.

FADZMEL FADZIL
SETIAUSAHA AKHBAR KKDW

Get real time updates directly on you device, subscribe now.