nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MyKad baharu ada isu eKYC? JPN tampil beri penjelasan

21 SEPT : Sebahagian pemilik MyKad Generasi Baharu kini berdepan kesukaran ketika melakukan pengesahan identiti menerusi sistem electronic Know Your Customer (eKYC).

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan perkara itu sedang ditangani bersama agensi berkaitan serta penyedia perkhidmatan eKYC melalui beberapa siri sesi libat urus.

Menurut JPN, penyedia perkhidmatan eKYC kini mengemas kini sistem masing-masing supaya reka bentuk dan ciri MyKad Generasi Baharu dapat dikenal pasti ketika proses pengesahan identiti.

“Bagi pengguna yang menghadapi kesukaran menggunakan MyKad Generasi Baharu untuk pengesahan eKYC, mereka disarankan untuk merujuk kepada institusi atau penyedia perkhidmatan berkenaan mengenai kaedah pengesahan alternatif yang tersedia sementara proses kemas kini sistem diselesaikan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

JPN berkata, pihaknya sudah menyediakan maklumat diperlukan kepada penyedia perkhidmatan eKYC dan sedang memantau proses kemas kini bagi mempercepatkan penyesuaian sistem.

MyKad Generasi Baharu mula dikeluarkan secara rasmi pada 17 September lalu sebagai penambahbaikan dari aspek struktur, reka bentuk, teknologi serta ciri keselamatan bagi meningkatkan perlindungan identiti rakyat.

Menurut JPN, penyesuaian sistem eKYC oleh penyedia perkhidmatan merupakan sebahagian daripada proses peralihan bagi menyokong penggunaan kad baharu berkenaan.

JPN berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kemas kini sistem serta bekerjasama dengan agensi dan penyedia perkhidmatan berkaitan sehingga proses penyesuaian itu selesai.

Keutamaan jabatan itu adalah memastikan peralihan kepada MyKad Generasi Baharu berjalan teratur tanpa menjejaskan kemudahan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang memerlukan pengesahan identiti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.