nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Siti Hasmah bukan sekadar isteri negarawan-Ab Rauf

28 SEPT : Nama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan terus dikenang bukan hanya sebagai isteri kepada negarawan, tetapi sebagai doktor dan tokoh wanita yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Allahyarham banyak berjasa dalam bidang kesihatan awam, khususnya berkaitan kebajikan ibu dan anak, pembangunan wanita, kesejahteraan keluarga serta kerja-kerja kemasyarakatan.

Katanya, perjalanan hidup Allahyarham sebagai antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan membuktikan ilmu yang disertai keikhlasan dan pengabdian mampu meninggalkan jejak yang panjang dalam kehidupan manusia.

“Jasa dan kelembutan budi beliau akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia, khususnya generasi wanita yang menjadikan perjuangan beliau sebagai sumber inspirasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ab Rauf berkata, beliau mewakili kepimpinan serta seluruh Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas kehilangan itu.

Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat yang cukup memilukan itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mengampuni segala dosa dan kekhilafannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarhamah bersama para solihin dan insan yang diredai-Nya. Al-Fatihah,” katanya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Siti Hasmah.

Katanya, jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham sepanjang hayat akan sentiasa dikenang, bukan sahaja oleh keluarga malah negara.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini,” katanya.

Onn Hafiz turut mengajak seluruh rakyat Johor mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Orang ramai, barisan kenamaan serta perwakilan asing hadir ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah bagi memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah Allahyarham dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya bagi istiadat pengebumian.

Siti Hasmah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.