nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Negeri Sembilan perlu terus berfungsi demi rakyat

28 SEPT : Kerajaan Negeri Sembilan perlu terus berjalan seperti biasa demi kesejahteraan rakyat.

Perkara itu disampaikan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias selepas mesyuarat BN bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan, malam tadi di Ibu Pejabat UMNO.

“Memang ada perkara berkaitan dengan kemelut yang berlaku di Negeri Sembilan dibincangkan tadi.

“Intipati kepada perbincangan ialah kerajaan negeri Negeri Sembilan hendaklah berjalan seperti biasa untuk kesejahteraan dengan keutamaan demi kepentingan rakyat,” katanya, lapor BH.

Menurut Jalaluddin, satu pendekatan akan diambil bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berfungsi dalam keadaan semasa.

“Insya-Allah daripada perbincangan yang panjang lebar, akan ada satu pendekatan untuk kerajaan (negeri) berjalan seperti biasa demi kepentingan rakyat.

“Ini yang penting dan yang pertama harus kita lakukan sekarang.

“Ada pelbagai kaedah boleh kita gunakan. Menteri Besar mempunyai formula tertentu untuk menggerakkan jentera kerajaan negeri supaya agenda bagi memastikan program berkaitan kepentingan rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Menurutnya, turut hadir dalam mesyuarat itu barisan EXCO serta Backbenchers BN dan Perikatan Nasional (PN) turut hadir.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim; ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan serta ADUN Linggi, Datuk Faizal Ramli yang juga Exco Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga ADUN Sikamat, Datuk Razali Abu Samah (Exco Pelancongan, Keseniaan Kebudayaan dan Warisan).

Sebelum ini, media melaporkan BN akan mengadakan mesyuarat bersama 25 ADUN Negeri Sembilan di Ibu Pejabat UMNO, malam ini.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, mesyuarat itu bertujuan menyelaras usaha bagi menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.