nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terima 7 pengiktirafan, bukti Melaka urus aduan rakyat

3 OKT : Bermula dengan aduan mengenai masalah harian rakyat hingga usaha mencari penyelesaian secara terus, pendekatan Melaka mendengar suara rakyat kini menerima tujuh pengiktirafan dalam Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pengiktirafan itu mencerminkan usaha pentadbiran negeri memberi perhatian kepada aduan rakyat serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

“Rekod bukan sekadar angka, tetapi bukti kepada kerja yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atas pencapaian membanggakan negeri kita apabila menerima tujuh pengiktirafan dalam Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025.

“Bagi saya, pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian pentadbiran. Ia adalah pengiktirafan terhadap kesungguhan kita mendengar suara rakyat, turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tujuh pengiktirafan itu meliputi Respons Awam, Penyampaian Perkhidmatan, Kompetensi Pengurusan Aduan, Proses Kerja, Tadbir Urus Pengurusan Aduan, Komunikasi Strategik dan Inovasi Digital.

Menurut Ab Rauf, usaha mendekati rakyat turut digerakkan menerusi Hari Aduan Rakyat sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) serta Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT).

“Melalui Hari Aduan Rakyat sempena program WRUR serta HEBAT, kita membuka ruang seluas-luasnya untuk rakyat menyampaikan aduan, berkongsi permasalahan dan mendapatkan penyelesaian secara terus,” katanya.

Sepanjang pelaksanaan WRUR di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, lebih 100,000 rakyat hadir dengan sebanyak 5,170 aduan diterima untuk tindakan dan penyelesaian.

Ab Rauf berkata pencapaian itu juga membawa tanggungjawab kepada pentadbiran negeri untuk terus memperkemas penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Inilah cara kita bekerja. Kerajaan dengar. Kerajaan bantu. Kerajaan ada bersama rakyat.

“Hari ini, bakti yang kita semai menjadi bukti. Pengiktirafan ini pula menjadi amanah untuk kita terus berkhidmat dengan lebih cekap, pantas, berintegriti dan dekat dengan rakyat,” katanya.

Pengiktirafan berkenaan diterima Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh bagi pihak pentadbiran negeri dalam Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2025 di Putrajaya.

Pengiktirafan itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.