15 OKT : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kali terakhir mesyuarat itu diadakan pada 11 dan 12 Feb lepas, dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

*Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar