nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ucapan Ayden, anak Bella buat Syed Saddiq undang sebak

19 OKT : Melihat ibunya kembali tersenyum dan bahagia menjadi harapan seorang anak yang mahu insan paling disayanginya itu menjalani kehidupan lebih baik selepas melalui pelbagai dugaan.

Itu antara luahan menyentuh hati Ayden, anak kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, ketika menyampaikan ucapan istimewa buat ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang berlangsung, malam tadi.

“Daddy, sebelum Daddy datang dalam hidup kami, saya selalu lihat Mommy menangis. Saya masih kecil dan kadang-kadang tak berapa faham dengan semua yang berlaku.

“Saya cuma tahu yang Mommy sedih dan sebagai anak lelakinya, satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah untuk melihat Mommy tersenyum semula.

“Kemudian Daddy datang dalam hidup kami. Perlahan-lahan saya lihat Mommy lebih banyak tersenyum, banyak ketawa dan saya lihat dia jadi gembira semula.

“Daddy terima kami dan tak pernah anggap kami hanya anak Mommy dan buat kami rasa kami juga keluarga Daddy. Terima kasih kerana memilih Mommy. Terima kasih kerana menyayangi Mommy,” katanya.

Ayden turut mendoakan agar Allah memberkati perkahwinan ibunya itu dan melindungi keluarga mereka.

Lebih bermakna, Ayden dan adiknya, Ara, menjadi antara individu terawal muncul di dewan sebelum pasangan pengantin melangkah masuk untuk diraikan kira-kira 3,000 tetamu.

Momen itu menjadikan majlis berkenaan lebih daripada sekadar perayaan perkahwinan, sebaliknya turut meraikan permulaan kehidupan baharu sebuah keluarga.

Syed Saddiq turut mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada isterinya dengan mengimbas perjalanan hidup Bella yang membina kerjaya seni sejak kecil.

Beliau berkata, Bella sudah mula membuat persembahan di televisyen ketika berusia lima tahun, sebelum membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun untuk memulakan kehidupan baharu.

“Ketika saya mendapat tawaran universiti, Bella sudah menjadi ibu yang luar biasa kepada dua orang anak,” katanya.

Syed Saddiq turut menepis pandangan segelintir pihak yang menganggap mereka tidak sekufu, sebaliknya melihat Bella sebagai wanita yang kuat, berdikari dan cekal dalam membina kehidupan bersama anak-anaknya.

Pada majlis sama, Bella menghadiahkan sebuah lagu baharu berjudul Bersama Aku Setia Selamanya khas buat suaminya yang dihasil berdasarkan kisah perkenalan dan perjalanan hubungan mereka.

Kisah cinta pasangan yang dikenali peminat sebagai BASS itu menjadi perhatian ramai sejak hubungan mereka mula mencuri tumpuan, termasuk perkongsian momen bersama dan lamaran romantik Syed Saddiq ketika mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Sokongan peminat terus mengiringi perjalanan hubungan mereka sehingga pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.

Syed Saddiq dan Bella kemudian sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu menerusi majlis akad nikah di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan sekali lafaz.

Majlis resepsi pada malam Ahad itu menjadi antara detik yang dinanti-nantikan peminat yang mengikuti perjalanan pasangan berkenaan sejak awal perkenalan mereka.

Pasangan itu turut merancang untuk mengadakan majlis bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober ini dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober bagi meraikan penyatuan mereka bersama masyarakat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.