nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuil tidak berdaftar jadi stor heroin

23 OKT : Sebuah kuil tidak berdaftar di Klang dijadikan tempat penyimpanan heroin oleh sindiket dadah sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, taktik itu terbongkar semasa serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor.

Menurutnya, selain kuil itu, pasukannya turut menyerbu empat lokasi lain di Rawang, Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melumpuhkan empat sindiket dadah tempatan dan antarabangsa.

“Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Semakan awal mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan heroin sejak awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Sebanyak 240.3 kilogram (kg) dadah dirampas melibatkan 81.3 kg bunga ganja mampat, 37 kg ganja mampat, 3,510 unit katrij cecair ketamin, 65.4 kilogram ketamin, 84 botol cecair ekstasi dan 20.6 kg heroin dengan anggaran jumlah yang boleh membekalkan dadah kepada 801,000 pengguna.

Dalam serbuan itu, lapan suspek ditahan terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun, membabitkan empat warga tempatan dan empat warga asing dengan salah seorang memiliki tujuh rekod jenayah lampau.

“Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket dadah tempatan serta antarabangsa,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas tentang warg asing yang ditahan, Shazeli berkata mereka memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial dan ada suspek yang baru beberapa hari tiba di Malaysia.

“Mereka dipercayai transit di KLIA sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, namun dadah berjaya dikesan dalam bagasi mereka,” katanya.

Dalam pada itu, berliau berkata pihaknya percaya dadah dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.

*Foto : Polis Selangor

Get real time updates directly on you device, subscribe now.