nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jaga sungai tanggungjawab semua, bukan kerajaan semata-mata

24 OKT : Tanggungjawab memelihara kelestarian sungai bukan terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak termasuk sektor industri, komuniti setempat dan setiap individu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kesedaran masyarakat perlu diterjemahkan kepada tindakan bagi memastikan sungai terus terpelihara sebagai sumber kehidupan dan warisan untuk generasi akan datang.

“Sungai bukan sekadar aliran air. Sungai ialah sumber kehidupan, nadi ekonomi, penghubung masyarakat dan warisan yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang.

“Namun, kelestarian sungai tidak bergantung pada kerajaan semata mata. Ia memerlukan komitmen semua pihak daripada agensi kerajaan dan sektor industri hinggalah kepada komuniti setempat serta setiap individu. Justeru tindakan mesti bergerak seiring dengan kesedaran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026, hari ini.

Sambutan bertemakan ‘Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita’ itu membawa mesej bahawa pemeliharaan sungai merupakan tanggungjawab bersama yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Sibu, Sarawak, hari ini.

Menurut Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), sebanyak RM7.4 bilion kos projek diperuntukkan bagi 46 projek berkaitan air di Sarawak di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), merangkumi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu.

Daripada jumlah itu, RM5.8 bilion membabitkan projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk usaha tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan pemuliharaan hakisan pantai.

“Ini bukan sekadar angka peruntukan. Ini ialah sebahagian daripada usaha memperkukuh keterjaminan sumber air, mengurangkan risiko bencana dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, PETRA menerusi JPS turut melaksanakan Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Lembangan Batang Rajang yang dijangka siap pada Ogos 2027.

Fadillah berkata, kajian itu diharap dapat membantu perancangan pengurusan sungai yang lebih bersepadu, sistematik dan berterusan.

Beliau turut menekankan kepentingan mendekatkan masyarakat dengan sungai melalui pendidikan, aktiviti rekreasi dan penglibatan komuniti, termasuk menerusi inisiatif Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Pada masa sama, masyarakat diseru supaya tidak membuang sampah ke sungai, melaporkan kejadian pencemaran dan mendidik anak-anak menghargai alam sekitar.

“Jangan buang sampah ke sungai. Laporkan pencemaran. Didik anak anak supaya menghargai alam sekitar. Jadikan kebersihan sungai sebagai budaya, bukan sekadar kempen bermusim,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, agensi pelaksana, sektor industri dan masyarakat penting bagi memastikan sungai terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.