nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jadi lokasi filem Shah Rukh Khan, Tanjung Bidara kembali gemilang

9 NOV : Pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood yang menampilkan bintang terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, kegemilangan Pantai Tanjung Bidara akan dikembalikan semula.

Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, pantai peranginan itu mempunyai nilai sejarah dan potensi pelancongan besar yang wajar diketengahkan semula selepas pernah menjadi tumpuan penerbit filem tempatan serta antarabangsa.

Katanya, misi beliau ketika ini adalah untuk memasyhurkan semula Tanjung Bidara sebagai destinasi percutian pilihan, sekali gus mengembalikan suasana meriah yang pernah dinikmati kawasan berkenaan.

“Kalau dulu Tanjung Bidara adalah antara lokasi penggambaran filem tersohor, bukan sahaja menarik penerbit filem tempatan, malah penerbit filem luar negara.

“Bintang Bollywood Datuk Shah Rukh Khan juga pernah menjalani penggambaran filem di Pantai Tanjung Bidara,” katanya ketika berucap pada Program Santai Anak Muda Tanjung Bidara, malam tadi.

Ab Rauf yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara berkata, usaha menghidupkan semula kawasan itu akan diteruskan menerusi beberapa pembangunan baharu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Antara perancangannya ialah membangunkan sebuah pusat sukan dengan memperbesarkan kawasan gelanggang sepak takraw sedia ada serta merobohkan pentas bagi menyediakan ruang rekreasi dan riadah lebih selesa untuk penduduk.

“Kita bina sebuah pusat sukan di tapak gelanggang sepak takraw yang akan dibesarkan, pentas yang ada dirobohkan agar orang Tanjung Bidara memiliki satu kawasan rekreasi dan riadah lebih selesa,” katanya.

Sebelum ini, antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah pembinaan litar lumba kereta kawalan jauh (RC) bertaraf antarabangsa bagi menambah tarikan kepada pengunjung.

“Saya telah ubah dan mencorakkan semula, hasilnya Tanjung Bidara semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Potensi Tanjung Bidara lebih besar, pastinya Tanjung Bidara akan terus bangkit, hidup rakyatnya aman dan makmur,” katanya.

Untuk rekod, Pantai Tanjung Bidara pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood One 2 Ka 4 pada 2001 yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, selain beberapa lokasi lain di sekitar Alor Gajah.

Sementara itu pada sidang media selepas program itu, Ab Rauf berkata beliau mahu golongan Generasi Z (Gen Z) memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam membentuk masa depan negara, khususnya negeri ini.

Beliau berkata, program santai bersama anak muda bukan sekadar medan pertemuan, sebaliknya menjadi platform untuk mendekati golongan berkenaan serta menyemai kesedaran mengenai kepentingan perjuangan dan hala tuju kepimpinan masa depan.

“Kita mahu anak muda ini faham peranan mereka dalam membina negara bangsa dan mengenal erti sebuah perjuangan yang akan menentukan hala tuju kepimpinan pada masa akan datang.

“Anak muda adalah generasi yang perlu diasuh dan diwarnai supaya masa depan mereka lebih cerah. Kita akan menggariskan supaya anak muda ini mempunyai ruang dan peluang untuk membina masa depan lebih baik. Bersama kita birukan Melaka, kita birukan Tanjung Bidara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melihat hari pengundian pada 14 November ini sebagai detik penting yang bakal menentukan arah masa depan generasi muda Melaka.

Beliau mengumpamakan ia sebagai pembinaan sebuah jambatan, di mana keputusan itu menghubungkan aspirasi generasi hari ini dengan masa depan lebih cerah untuk anak muda akan datang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.