nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS arahkan ahli undi BN di kerusi tidak ditandingi PN

10 NOV : Ahli PAS diarahkan mengundi calon Barisan Nasional (BN) di semua kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selaras arahan kepimpinan parti bagi memastikan kerjasama kedua-dua gabungan itu terus diperkukuh.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, arahan itu bukan perkara baharu kerana PAS pernah melaksanakan pendekatan sama ketika pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan.

“Kita telah memberi arahan kepada ahli-ahli kita mengundi untuk PN di tempat yang kami bertanding. Kemudian di tempat yang PN tidak bertanding, kita menyokong BN menentang Pakatan Harapan (PH).

“Di Negeri Sembilan, sudah tentulah di semua tempat yang kami tidak bertanding, diwajibkan, ini Presiden PAS sendiri (Tan Sri Abdul Hadi Awang) mewajibkan semua ahli PAS menyokong BN. Jadi, tidak baharulah di Negeri Melaka ini. Saya mengulangi apa yang telah diarahkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Pentas Gelombang Biru N.12 Pantai Kundor di Bilik Gerakan BN DUN Pantai Kundor, Taman Tangga Batu Perdana, malam tadi.

BN dan PN menjalin kerjasama politik secara rasmi pada PRN Melaka sebelum pengumuman calon, bulan lalu.

Beliau turut mengambil Pantai Kundor sebagai contoh apabila ahli PAS di kawasan itu diwajibkan mengundi calon BN yang berdepan saingan dua penjuru dengan Bersatu.

“Apalagi dalam kes ini, bertanding dua penjuru, ‘straight fight’ antara BN dengan Bersatu.

“Sudah tentulah wajib kepada ahli parti di Pantai Kundor mengundi calon BN di Pantai Kundor,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata PN sudah mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu selepas PRN Melaka susulan tindakan parti itu bertanding menentang calon PN dan BN.

Takiyuddin menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran disiplin serius dalam gabungan berkenaan.

“Fakta bahawa mereka ini bertanding melawan PN dan juga BN, itu adalah satu kesalahan yang paling besar. Misalnya di Bemban, dia berlawan dengan PN, di Pantai Kundor dan juga tempat-tempat lain mereka berlawan dengan BN.

“Itu adalah satu kesalahan disiplin yang paling serius dalam mana-mana organisasi, jadi, sebagaimana pengerusi PN sebut, kita akan mengambil tindakan. Semua dah ada bukti yang dikumpulkan, dah banyak, terlalu banyak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.