nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail tidak maklum hasrat letak jawatan kepada parti

17 NOV : Datuk Ismail Lasim tidak memaklumkan secara langsung kepada UMNO Negeri Sembilan berhubung hasrat beliau untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau juga tidak dimaklumkan dan perkara itu hanya diketahui menerusi kepemimpinan tertinggi parti.

“Saya hanya dimaklumkan oleh pimpinan tertinggi parti hasrat Yang Amat Berhormat (Ismail) untuk meletak jawatan. Beliau secara peribadi tak ada maklumkan kepada UMNO negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas di Wisma UMNO Negeri Sembilan, hari ini.

Semalam, Barisan Nasional (BN) mengesahkan Ismail yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima salinan surat peletakan jawatan itu bertarikh 16 November 2026 yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Sementara itu, ADUN Juasseh itu setakat ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkait keputusan berkenaan.

Dalam pada itu, Jalaluddin enggan mengulas dakwaan Ismail dipaksa meletak jawatan serta kenyataan Istana Negeri Sembilan yang memaklumkan belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan itu.

Beliau sebaliknya menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas.

“Tumpuan kita untuk pastikan supaya kerajaan negeri dapat diurus dengan baik dan juga proses ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, UMNO Negeri Sembilan menghormati keputusan Ismail selain merakamkan penghargaan atas khidmat serta sumbangan beliau sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, UMNO negeri akan terus memberi kerjasama penuh kepada kepemimpinan tertinggi parti bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

“Seluruh kepimpinan UMNO negeri menyeru semua pihak terus bertenang dan menghormati proses yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau turut yakin kemelut membabitkan institusi istana dan pentadbiran negeri itu mampu diselesaikan secara baik, berhemah serta harmoni.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.