nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Juruterbang TUDM jadi ‘transporter’ dadah guna aset tentera

25 NOV: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan berhubung kes penyeludupan 96.64 kilogram dadah bernilai RM4.83 juta di Pangkalan Udara Subang dipercayai berperanan sebagai penyelaras dan pengangkut bekalan ke Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu terbabit dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan tentera untuk membawa dadah dari Lembah Klang ke negeri berkenaan.

“Juruterbang yang ditahan berperanan sebagai koordinator dan juga ‘transporter’ untuk membawa bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah.

“Berapa bayaran upah yang diterima masih dalam siasatan dan kita tidak boleh dedahkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Replika Cek Insurans Kelompok Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Tengah Geting, Pengkalan Kubor, hari ini.

Menurut Hussein, siasatan awal mendapati bekalan dadah berkenaan dihantar ke Labuan dan Tawau, namun polis tidak menolak kemungkinan terdapat destinasi lain yang turut digunakan sindiket terbabit.

Beliau berkata, setiap ahli sindiket mempunyai peranan khusus mengikut struktur operasi kumpulan itu yang dipercayai diketuai individu tertentu sebelum dibahagikan kepada penyelaras, pengangkut dan anggota lain.

Setakat ini, seramai 13 individu ditahan membabitkan tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam, termasuk dua individu yang dipercayai bertindak sebagai penyelaras sindiket.

“Maklumat lain termasuk berapa trip sudah dibawa menggunakan aset tentera juga masih dalam siasatan.

“Bagi ruang kepada pihak polis untik selesaikan siasatan, selepas ini Ketua Polis Negara akan berkongsi hasil siasatan nanti,” katanya.

Mengulas perkembangan siasatan, beliau berkata polis mula memperoleh maklumat lebih kukuh mengenai kegiatan itu pada Julai lalu sebelum membuka kertas siasatan dan menjalankan risikan serta pemantauan.

Usaha itu turut mengambil kira penemuan terdahulu membabitkan rampasan enam kontena di Pelabuhan Klang pada Januari lalu yang dipercayai mengandungi dadah untuk dihantar ke Teluk Sepanggar, Sabah.

“Polis memperoleh maklumat lebih kukuh pada Julai sebelum membuka kertas siasatan, diikuti tindakan risikan dan pemantauan sehingga membawa kepada insiden terbaharu di Subang,” katanya.

Minggu lalu, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah rentas sempadan yang dipercayai mengeksploitasi kemudahan penerbangan ketenteraan TUDM.

Pada 20 November lalu, TUDM mengesahkan penahanan tujuh pegawai dan anggotanya.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, penemuan itu dikesan hasil pemeriksaan awal petugas TUDM di Bangunan Pergerakan Udara (AMS) pangkalan berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati bagasi-bagasi berkenaan dalam keadaan mencurigakan tidak mempunyai pelekat pengesahan pemeriksaan keselamatan yang menunjukkan bahawa bagasi berkenaan telah menjalani pemeriksaan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut oleh anggota keselamatan daripada Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) menggunakan mesin pengimbas telah mengesan beberapa bungkusan mencurigakan yang disusun dengan kemas di dalam bagasi berkenaan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.