nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Individu berpengaruh turut dalam radar siasatan sindiket dadah

26 NOV : Individu berkedudukan dalam masyarakat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah, termasuk mengeksploitasi kemudahan penerbangan tentera, tidak akan terkecuali daripada tindakan jika terbukti terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan yang diperluaskan berpotensi membongkar rangkaian jenayah terancang lebih besar, termasuk mengenal pasti individu yang memainkan peranan di sebalik kegiatan itu.

“Dan saya beri jaminan bahawa siapa pun yang kita tangkap dalam beberapa hari ke depan ini, dia tak akan terlepas, apa pun jawatan dia, apa pun kedudukan dia. Itu jaminan.

“Berdasarkan taklimat awal yang diberikan kepada saya, ada beberapa nama yang berpotensi, atau mereka yang kita fikir ada kedudukan dalam masyarakat dan sebagainya, akan kita ambil juga tindakan.

“Jadi, bila kita buka sekarang ini, siasatan ini mempunyai potensi untuk membongkar satu jenayah terancang yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada sesi Waktu Pertanyaaan-Pertanyaaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, siasatan tidak terhad kepada 13 individu yang ditahan setakat ini, sebaliknya akan diperluaskan bagi mengenal pasti keseluruhan struktur organisasi sindiket termasuk , perancang, pengangkut dan orang tengah.

“Kita luaskan siasatan untuk kenal pasti penglibatan seluruh organisasi ini dan peranan setiap individu yang terlibat. Siapa pembiayanya, siapa perancangnya, siapa berperanan sebagai transporter, siapa yang jadi runner dan semuanya,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai sudah bermula beberapa tahun sebelum risikan dijalankan pada Januari 2026, sekali gus menunjukkan sindiket berkenaan mempunyai rangkaian yang lebih besar dan sudah lama bertapak.

“Sebahagian daripadanya kita dah tangkap, dah tuduh, dah penjara, sebahagiannya masih bebas dan kita juga membuka skop siasatan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin mendedahkan risikan pihak berkuasa mengenal pasti sekurang-kurangnya 21 transaksi terdahulu membabitkan tiga tan dadah bernilai RM156 juta di Tawau dan Labuan.

Beliau berkata, tujuh transaksi di Tawau membabitkan 1.8 tan dadah bernilai RM93 juta, manakala 14 transaksi di Labuan sejak Ogos 2024 melibatkan 1.2 tan dadah bernilai RM63 juta.

Katanya, nilai pasaran metamfetamin yang tinggi menjadi antara faktor kegiatan itu terus berkembang dan menguntungkan sindiket.

“Ini perniagaan yang sangat menguntungkan. Metamfetamin ini, RM50,000 sekilo di pasaran kita. Pergi ke Indonesia, RM250,000 sekilo. Pasaran antarabangsa, RM450,000 sekilo. Ini perniagaan yang betul-betul menguntungkan,” katanya.

Mengulas tindakan lanjut, beliau berkata siasatan ketika ini dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, namun pihak berkuasa tidak menolak penggunaan peruntukan berkaitan jenayah terancang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebelum ini, polis menahan 13 individu termasuk tujuh pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta enam orang awam bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan dadah yang dipercayai mengeksploitasi kemudahan, aset dan infrastruktur strategik tentera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.