nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AS cadang tarif tambahan hingga 18% ke atas barangan Malaysia

26 NOV : Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pengenaan tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia, menjadikan negara ini antara 14 ekonomi yang berdepan tindakan perdagangan baharu Washington di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.

Washington mendakwa dasar perindustrian dan amalan pembuatan Malaysia menyumbang kepada lebihan kapasiti serta pengeluaran berstruktur yang membebankan atau menyekat perdagangan AS.

Ekonomi lain yang turut terlibat termasuk China, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) dengan kadar tarif utama dicadangkan antara 15 hingga 35 peratus.

Dalam kenyataan pada Rabu, Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer berkata, hasil siasatan mendapati strategi perindustrian yang diamalkan beberapa rakan dagang telah mewujudkan persaingan tidak adil kepada pengeluar negara itu.

“Selama beberapa dekad, banyak rakan dagang kita telah mengguna pakai strategi perindustrian yang berteraskan penyasaran sektor pembuatan, pengekangan gaji dan buruh, sokongan kewangan dan sokongan lain, input daripada ekonomi bukan pasaran serta amalan lain yang memesongkan pasaran sehingga imbangan perdagangan memihak kepada mereka, di samping menghakis asas sektor pembuatan AS,” katanya, lapor Bernama.

Bagi Malaysia, Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) mengenal pasti empat bidang utama yang menjadi kebimbangan, merangkumi rancangan perindustrian untuk mengembangkan sektor pembuatan dan eksport, pembiayaan keutamaan menerusi program nasional serta tindakan yang didakwa tidak mencukupi untuk menangani lebihan kapasiti.

USTR turut membangkitkan isu perlindungan buruh yang dianggap tidak memadai, selain mengenal pasti sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta automotif sebagai bidang yang menimbulkan kebimbangan khusus.

Menurut laporan itu, dasar berkenaan berpotensi mengurangkan peluang komersial pengeluar dan pengeksport AS di Malaysia serta pasaran lain.

Bagaimanapun, USTR turut mencadangkan kadar sehingga 25 peratus dipertimbangkan, selepas mengambil kira tarif sedia ada di bawah Seksyen 301, sekiranya rundingan dan komitmen Malaysia di bawah perjanjian perdagangan berkenaan didapati tidak memuaskan.

Greer berkata tindakan yang dicadangkan itu bertujuan menangani amalan perdagangan yang dianggap tidak adil oleh Washington, selain memperkukuh daya saing pengeluar Amerika.

“Menyedari perkara ini, sejak 2016, pemimpin termasuk Donald Trump, Joe Biden, Xi Jinping dan Emmanuel Macron telah mengakui ancaman yang ditimbulkan oleh lebihan kapasiti dan pengeluaran berstruktur terhadap ekonomi global,” katanya.

Sementara itu, USTR turut merekodkan pendirian Malaysia yang menolak dakwaan bahawa negara ini menyumbang kepada lebihan kapasiti berstruktur, dengan kerajaan menegaskan sistem perdagangan negara berasaskan peraturan.

Malaysia turut menjelaskan bahawa ekosistem pembuatannya penting kepada rantaian bekalan global termasuk AS, selain menegaskan model ekonomi negara berasaskan pasaran dan responsif terhadap permintaan global.

Kerajaan juga berpandangan eksport Malaysia melengkapi, bukannya bersaing dengan pengeluaran domestik AS.

Menurut notis berkenaan, siasatan terhadap Malaysia dimulakan pada 11 Mac 2026, sebelum USTR mengadakan rundingan dua hala dengan kerajaan pada 12 Mei lalu, bagaimanapun, rundingan itu tidak menyelesaikan kebimbangan Washington.

Pihak berkepentingan diberi sehingga 5 Januari 2027 untuk mengemukakan ulasan bertulis dan permohonan menyertai sesi pendengaran awam yang dijadualkan bermula 25 Januari 2027 di Washington.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.