nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas AG, Abdul Gani Patail meninggal dunia

26 NOV : Bekas Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun, jam 9.15 malam ini.

Anak Allahyarham, Faezul Adzra Patai memaklumkan bapanya meninggal akibat jangkitan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Facebook

“Dengan penuh kedukacitaan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail atas pemergian beliau ke rahmatullah,” katanya.

Beliau menyifatkan Abdul Gani sebagai tokoh perundangan negara yang banyak mencurahkan bakti kepada institusi perundangan serta pentadbiran keadilan negara.

Zainul Rijal turut berkongsi bahawa beliau mempunyai banyak kenangan peribadi dan rasmi bersama Allahyarham, selain menyifatkan bekas Peguam Negara itu sebagai individu yang sangat menghormati undang-undang syariah.

“Saya mempunyai banyak kenangan peribadi dan rasmi bersama Allahyarham. Allahyarham sangat menghormati undang undang syariah,” katanya.

Beliau turut berharap segala jasa dan sumbangan Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada keluarga besar perundangan negara. Semoga segala jasa dan sumbangan Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” katanya.

Allahyarham Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara dari 2002 hingga 2015.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.