nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuota pengambilan Orang Asli dalam perkhidmatan awam perlu ditambah

28 NOV : Peluang anak masyarakat Orang Asli menyertai perkhidmatan awam perlu diperluas menerusi penambahan kuota pengambilan bagi membolehkan lebih ramai golongan itu mengisi jawatan dalam sektor kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan semakin ramai anak Orang Asli memiliki kelayakan akademik dan profesional untuk menyumbang kepada pentadbiran serta pembangunan negara.

Katanya, beliau sudah meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meneliti cadangan berkenaan, selain mahu penjawat awam Orang Asli sedia ada diberi peluang memegang jawatan kepimpinan dan terlibat dalam penggubalan dasar.

“Saya telah meminta SPA mempertimbangkan penambahan kuota pengambilan Orang Asli dalam perkhidmatan awam.

“Sudah tiba masanya kita buka peluang yang lebih luas untuk mereka berkhidmat dalam badan kerajaan. Bagi yang sudah berkhidmat, saya mahu kementerian, jabatan, agensi, GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) berilah mereka peluang untuk mengetuai pasukan dan terlibat dalam penggubalan dasar, ertinya kenaikan pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Penjawat Awam Orang Asli (HPPAOA) 2026, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, cadangan berkenaan akan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu bagi memperjuangkan peluang serta kebajikan penjawat awam Orang Asli di seluruh negara.

Dalam usaha memperluas peluang ekonomi golongan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menyasarkan sekurang-kurangnya 500 anak Orang Asli mengikuti latihan kemahiran di institusi TVET tahun depan.

Setakat September lalu, seramai 135 anak Orang Asli sedang mengikuti latihan kemahiran di Pusat Latihan Paya Bungor, Pahang.

Beliau berkata, graduan TVET juga perlu menerima gaji premium sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

“Saya telah mengadakan perundingan dengan semua pemain industri, pemilik syarikat, kita tidak mahu lulusan TVET ini gaji RM2,000. Mereka bersetuju dan mereka telah melaksanakan gaji premium untuk lulusan TVET ini RM3,000 sebulan,” katanya.

Justeru, beliau mahu program latihan kemahiran dirangka bersama pihak industri supaya bidang yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan menyediakan laluan kerjaya lebih jelas kepada graduan.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta sektor swasta juga perlu memainkan peranan lebih awal dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan TVET Orang Asli.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.