nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

88 kes dikesan pulang dari Sabah sejak 10 hari lalu

30 SEPT: Sebanyak 25 kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini dikesan dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini melibatkan hampir semua negeri yang melaporkan kes baru COVID-19.

Katanya, tertinggi mencatatkan kes baru melibatkan individu pulang dari kawasan bersiko tinggi ialah Selangor dengan lima kes diikuti Sarawak dan Kuala Lumpur dengan masing-masing tiga kes.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sebanyak 89 kes baru dilaporkan hari ini dengan 86 daripadanya kes tempatan. Sabah masih merupakan negeri tertinggi melaporkan kes baru dengan 35 kes.

Sementara itu, kata Noor Hisham, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kunak bagi membantu menangani penularan COVID-19 di Sabah.

Katanya, mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi.

“Selain itu, KKM juga telah dan sedang terus menggerakkan pasukan bantuan secara berperingkat dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia bermula 23 September 2020.

“Pasukan bantuan akan membantu melakukan pengesanan kontak, saringan komuniti di lapangan, menjaga pusat kuarantin dan hospital. Selain itu, seramai 10 orang Pegawai Sains Mikrobiologi dan lima orang Juruteknologi Makmal (JTM) telah dihantar ke Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu bagi membantu proses saringan COVID-19 di makmal.

“KKM juga telah mula mengarahkan seramai 72 Jururawat Terlatih (JT) untuk bertugas di Hospital Kunak, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Tenom, Hospital Beluran, Hospital Keningau, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, dan Hospital Kota Belud,” jelasnya.

Tambah beliau, mulai Oktober 2020, sejumlah 140 Pegawai Perubatan dan 225 orang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengikut kekosongan dan keperluan perkhidmatan semasa, termasuk di klinik, hospital dan Pejabat Kesihatan Kawasan seluruh Sabah.

“Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.

“Pada masa yang sama, kebajikan petugas kesihatan dan perubatan juga perlu diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM, dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Ini termasuk aspek logistik, latihan, keperluan Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian dengan tugasan,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.