nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aduan rasuah palsu jejas reputasi penjawat awam

1 OKT: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap dan meminta semua pihak di luar agar tidak membebankan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis dengan membuat aduan palsu dan tidak benar semata-mata kerana bermotifkan ketidakpuasan hati atau politik.

Presidennya, Adnan Mat berkata jika perkara berkenaan terus berlaku, ia hanya akan mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada penjawat awam dan perkhidmatan kerajaan.

Menurut beliau, UEPACS mendapati kebanyakan aduan yang diterima lebih kepada bersifat ketidakpuasan hati pihak tertentu kepada pihak lain dan mereka menggunakan pihak berkuasa untuk membuat laporan bagi menyiasatnya.

CUEPACS
ADNAN MAT

“CUEPACS berharap masyarakat tidak terjerat dengan persepsi hanya kerana laporan yang diterima tinggi. Sokongan daripada masyarakat amat penting kerana tidak adil untuk melabelkan keseluruhan perkhidmatan hanya kerana kes-kes terpencil.

“Berdasarkan kenyataan terbabit SPRM menyatakan menerima banyak laporan rasuah dan ketirisan dalam perolehan kerajaan. Bagaimanapun tidak semua kes rasuah dan ketirisan yang dilaporkan kepada SPRM terbabit telah didakwa dan dituduh di mahkamah kerana kebanyakan laporan yang diterima itu hanya bersifat politik dan persepsi semata-mata.

“Jika kita lihat kes-kes pendakwaan yang dibawa ke mahkamah adalah sangat kurang berbanding laporan yang yang diterima oleh SPRM. Begitu juga yang disabitkan dengan kesalahan, CUEPACS difahamkan kes yang melibatkan penjawat awam dijatuhkan hukuman bersalah di mahkamah juga sangat rendah berbanding laporan yang diterima oleh SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Adnan berkata demikian ketika mengulas pendedahan dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bahawa kes rasuah melibatkan ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam dilihat semakin kritikal.

Tanpa mendedahkan statistik berkenaan, Azam berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku membabitkan agensi kerajaan.

Namun, Adnan berkata, CUEPACS mendapati kebanyakan laporan salah laku yang dibuat kepada pihak berkuasa terutama SPRM dilakukan oleh pihak yang tidak mempunyai bukti yang cukup.

Beliau menambah, sebagai pihak berkuasa yang menjalankan amanah, sudah tentu setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti.

“Setelah siasatan dilakukan, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah tidak benar dan tidak dituduh di mahkamah. Sekiranya dituduh sekali pun tidak semua kes tersebut disabitkan bersalah,” katanya.

Adnan memberitahu, ketika ini setiap jabatan dan agensi kerajaan mempunyai prosedur yang jelas dan lengkap bagi mengatasi masalah ketirisan yang mungkin wujud.

“Penubuhan Jabatan Audit Negara dan bahagian audit di jabatan masing-masing dengan jelas mampu mengatasi masalah ketirisan yang berlaku. Setiap perolehan kerajaan yang dianugerahkan akan diaudit semula oleh Jabatan Audit Negara dan audit dalam masing-masing.

“Bagaimanapun CUEPACS merasakan beberapa perkara melibatkan prosedur operasi standard pemberian perolehan perlu diperketatkan lagi untuk atasi perkara ini. Kerangka bajet untuk setiap perolehan perlu lebih tepat dan terperinci bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan mengelakkan ketirisan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.