nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih baik Anwar diam – KJ

16 OKT: Biarpun Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, tiada jaminan Presiden PKR itu mampu memastikan situasi politik negara tidak goyah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan politik semasa yang tidak stabil akan terus membelenggu Ketua Pembangkang itu dengan angka Ahli Parlimen yang menyokongnya juga bukan mewakili suara majoriti.

“Sudah tentu, saya bukan seorang Ahli Parlimen yang Anwar dakwa berpihak kepadanya.

“Kedua, apa pun yang terjadi, walaupun mendapat perkenan Yang-di Pertuan Agong dan katakan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, saya percaya situasi politik yang goyah ini akan terus berlarutan,” katanya ketika diajukan soalan mengenai pandangannya mengenai situasi politik semasa dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.

Selasa lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendakwa kononnya beliau telah beroleh sokongan majoriti daripada 120 Ahli Parlimen dalam komplotnya bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga mengesahkan telah mempersembahkan dokumen sahih mengenai ‘majoriti kukuh dan meyakinkan’ Ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada hari yang sama.

Namun, Istana Negara mengesahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama Ahli-ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaan beliau mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan dalam pertemuan selama 25 minit pagi itu, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, hanya satu jalan penyelesaian bagi mengukuhkan semula kerajaan iaitu dengan mengadakan pilihan raya selepas penularan wabak COVID-19 reda.

“Dalam keadaan sekarang (pandemik COVID-19), kita berdepan dengan soal hidup dan mati, jadi untuk mengadakan semula pilihan raya dalam waktu ini amat tidak bertanggungjawab.

“Biarlah kami teruskan dengan usaha menangani krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda negara sekarang. Nasihat saya, hentikanlah permainan politik mengarut ini, dan jika tidak ada nombor (sokongan Ahli Parlimen seperti didakwa), lebih baik diam,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menafikan beliau adalah salah seorang daripada 19 Ahli Parlimen dari UMNO yang menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri seterusnya seperti yang tular di media sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.