nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Optimum semua sumber bantu warga WP

31 OKT: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengoptimumkan segala sumber yang ada bagi membantu warga kota untuk tempoh masa panjang selain Inisiatif Wilayah Cakna 4.O (IWC) memandangkan masih ramai golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sedang berusaha merangka mekanisma sesuai bagi membantu rakyat di Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan.

“Selain bantuan kewangan, kementerian juga sedang merangka mekanisme yang lestari bagi jangka masa yang panjang yang diperlukan dalam usaha memastikan ekonomi sentiasa mampan dan Wilayah Persekutuan sifar COVID-19 dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan media melalui Facebook miliknya, hari ini.

annuar1

Berhubungan perkembangan IWC 4.0, Annuar menyatakan, kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM3.01 juta bagi inisiatif itu yang bermula Oktober hingga 31 Disember depan.

Menurut beliau, inisiatif itu digunakan untuk membantu golongan B40 dan miskin di Wilayah Persekutuan Labuan yang terkesan dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Menerusi peruntukan tersebut, sebanyak 772 penyewa premis niaga milik Perbadanan Labuan dikecualikan bayaran sewa selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2020 yang melibatkan pengurangan hasil kepada PL (Perbadanan Labuan) berjumlah RM518,055.00.

“Seramai 468 orang peniaga kecil dan peniaga pasar awam milik Perbadanan Labuan juga dikecualikan bayaran bagi pembaharuan lesen perniagaan peniaga kecil dan pasar awam bagi tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2020 melibatkan pengurangan hasil sebanyak RM25,275.00 kepada Perbadanan Labuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh memberitahu para penyewa perumahan awam milik Perbadanan Labuan turut dikecualikan bayaran sewa perumahan bagi tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2020 sekaligus memberi manfaat kepada 617 penyewa melibatkan pengecualian hasil kepada PL berjumlah RM519,045.00.

“Sebanyak 108 lot tanah milik PL yang dipajakkan kepada 85 syarikat diberi diskaun sebanyak 30% untuk 3 bulan pajakan (Oktober-Disember 2020) dengan keseluruhan pengurangan hasil kepada PL berjumlah RM592,380,”katanya.

Menerusi IWC juga, Annuar berkata, pihaknya telah memberi sumbangan secara one-off sebanyak RM3,000 kepada 1 Zon dan 5 Sub Zon Majlis Perwakilan Penduduk WP Labuan.

“Ini melibatkan peruntukan berjumlah RM18,000.00 bagi melaksanakan program-program pencegahan COVID-19 dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Program nyah kuman merangkumi aktiviti-aktiviti disinfeksi serta pembersihan menyeluruh di semua kawasan kemudahan awam WP Labuan juga dilaksanakan secara berterusan bagi membendung penularan wabak COVID-19 melibatkan kos sebanyak RM200,000.00,” jelasnya..

Tambah beliau, turut akan menerima bantuan adalah 2,000 pelajar sekolah daripada keluarga miskin di Labuan, dalam bentuk baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100.00 secara one-off sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000.

“Baucer ini boleh digunakan di koperasi sekolah masing-masing untuk pembelian buku-buku latihan dan alat tulis bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Bayaran diskaun kompaun juga diberikan pada kadar tetap RM15 sahaja sepanjang tempoh PKPB sehingga 31 Disember 2020 kepada warga Labuan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.