nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,304 kes baru, Lembah Klang atasi Sabah

13 NOV: Kes baru COVID-19 kembali melepasi empat angka dengan 1,304 penularan dilaporkan hari in dengan peningkatan tertinggi adalah di Lembah Klang melibatkan 567 kes, mengatasi kes baru yang dilaporkan di negeri Sabah.

Kebanyakan kes baru di Lembah Kelang dikesan daripada kluster berkaitan tempat kerja dengan tiga kluster menyumbang peningkatan kes iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela (191), Hentian (164) dan Perigi 82 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes hari ini melebihi unjuran yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, daripada 1,300 penularan tempatan yang dilaporkan, Sabah mencatatkan 556 kes, diikuti Selangor dengan 364 kes.

Katanya, Kuala Lumpur pula mencatatkan 202 kes diikuti Negeri Sembilan (83), Pulau Pinang (42) manakala Perak, Melaka dan Sarawak masing-masing mengenal pasti 13 kes.

“Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula sebanyak 900 kes dan keseluruhannya, kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 45,095 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini berjumlah 11,822 dengan 96 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 39 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan kes kematian bertambah satu kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian menjadi 304 kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, turut melaporkan kes hari ini ialah Kelantan dengan lima kes dengan empat daripada daripada Kluster Kube.

Katanya, dari segi daerah pula, Port Dickson mengesan 40 kes hari ini dan daerah itu bakal dikategorikan Zon Merah.

“Empat kes import hari ini pula melibatkan ketibaan dari Arab Saudi (3 kes) manakala Mesir, satu kes,” katanya.

Perlis, Terengganu dan Pahang pula mencatatkan sifar kes baru hari ini.-Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.