nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Golongan B40 bakal nikmati kemudahan internet lebih baik

18 DIS: Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membolehkan golongan isi rumah B40 dan calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), di seluruh negara akan berpeluang menikmati kemudahan internet lebih baik, pada suku pertama 2021.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, di bawah inisiatif yang memberi fokus kepada golongan itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai kemudahan.

Katanya, ia merangkumi enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME akan menawarkan capaian wifi percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir April tahun depan.

“Sementara itu, waktu operasi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan, iaitu dari jam 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari.

“Kerajaan dengan kerjasama pihak industri juga akan melaksanakan program subsidi Jaringan Prihatin untuk golongan B40 seperti diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, dijangka bermula pada Mac 2021.

“Ia membabitkan peruntukan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang (RM15 sebulan) atau subsidi bagi menampung sebahagian kos pembelian peranti pintar kepada golongan B40,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember ini akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.

“Syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021.

“Pakej ini dijangka akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web SKMM dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

“Saya berharap inisiatif ditawarkan ini akan memberi manfaat golongan B40 dan memudahkan calon SPM dan STPM membuat persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.