nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jenazah Railey Jeffrey selamat dikebumikan

27 DIS: Jenazah bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey Jeffrey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Cocos Sabah (PECOS), Maslan Ruslan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh adik Allahyarham, Kemley Jeffrey.

“Kalau ikutkan sepatutnya jenazah Allahyarham dikebumikan malam tadi namun ditunda kerana hujan.

“Sebelum ini, saya ada terima laporan Railey yang juga presiden pertama PECOS mengalami sakit tua dan menghidap penyakit Parkinson.

“Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Silam sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya seperti dipetik daripada laporan BH Online, hari ini.

Allahyarham yang berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 petang semalam.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PECOS, Ishak Harry, ketika dihubungi memaklumkan jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Sungai Penchala sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk proses pengebumian.

“Allahyarham sebelum ini kerap pulang ke Lahad Datu untuk melawat ahli keluarganya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau beberapa tahun dahulu dalam satu acara dianjurkan UMNO Sabah. Allahyarham seorang yang berpendirian teguh dalam apa jua dilakukannya,” katanya.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Silam selama empat penggal antara 1986 hingga 2004 dan pernah menjadi pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan UMNO Sabah.

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Penerangan antara 1986 hingga 1995.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.