nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Xavier keluar PKR bukan kerana tekanan politik – Peja

14 MAC: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar, umum keluar PKR dan sokong Perdana Menteri kerana tekanan politik.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan dakwaan Xavier keluar daripada blok pembangkang kerana tekanan daripada kerajaan adalah spekulasi semata-mata.

Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja berkata dakwaan oleh pelbagai pihak itu dibuat ekoran rasa tidak berpuas hati dengan keputusan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu.

“Saya kira tentu ada pihak yang akan menyatakan apa juga perkara, kerana tentunya mereka tidak berpuas hati dan tidak gembira dengan tindakan Ahli Parlimen berkenaan.

“Bagi pihak beliau (Xavier) pula ada alasan yang tersendiri, tetapi saya fikir bagi pihak parti atau kerajaan tidak membuat apa-apa tekanan kepada mana-mana pihak,” katanya pada media selepas menghadiri Dialog Penerangan BERSATU Perak di Hotel Casuarina di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah yang mendakwa kerajaan menyalahgunakan agensi penguatkuasaan untuk melakukan penyiasatan terpilih bertujuan mengugut dan memberi tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi mendesak melompat parti.

Ahmad Faizal turut berpandangan bahawa dakwaan yang dibuat perlu disertakan dengan bukti atau ia akan hanya memesong pemikiran rakyat.

Ini kerana, katanya, ia tidak mudah untuk dianggap sebagai memberi tekanan atau ‘membeli’ golongan pemimpin seperti mana yang didakwa.

“Di negara ini kita ada banyak dakwaan sedemikian tetapi saya berpandangan bukan mudah untuk memberi tekanan atau membeli kepada golongan seperti pemimpin yang pernah menjadi menteri dan sebagainya.

“Mereka adalah pemimpin besar, beliau (Xavier) adalah bekas Naib Presiden kepada sebuah parti dan bukan baru dalam parti berkenaan, jadi saya fikir bukan mudah untuk memberi tekanan ataupun dakwaan membeli kepada pemimpin seumpama ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Xavier mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti yang disertai sejak parti tertubuh pada 1998, sekali gus menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.