nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

32 Anggota JPJ Ditahan Bantu Siasatan Lindungi Pemandu Lori

16 MAC:  Seramai 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan dalam operasi bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket melindungi pemandu lori yang membawa muatan berlebihan.

Mereka antara 44 individu dipercayai terbabit dalam sindiket itu yang ditahan dalam Ops Sukat lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka sejak semalam kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal.

Kegiatan yang dilakukan sejak 2019 sehingga tahun lalu itu terbongkar selepas kesemua mereka dipercayai menerima suapan keseluruhan bernilai RM1.64 juta. 

Sumber memberitahu, kegiatan itu melibatkan pegawai JPJ pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam pula merupakan proksi.

Menurut beliau, daripada jumlah yang ditahan, masing-masing 11 individu ditahan di Kedah dan Melaka diikuti sembilan individu di Pulau Pinang, Perak 12 individu dan seorang di Perlis

“Modus operandi yang dikesan ialah pegawai-pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang telah melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan bagi melepaskan pemandu lori terlibat,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhajaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkaitan operasi tersebut.

Menurut beliau, operasi tersebut merupakan hasil kerjasama antara SPRM dan JPJ khususnya Ketua Pengarah dan Bahagian Integriti JPJ dalam usaha meningkatkan integriti jabatan tersebut.

“Ketika ini siasatan masih lagi berjalan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi siri tangkapan.

“Objektif siasatan ialah tertumpu kepada kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 dan melibatkan isu salah laku.

“Kita cuba untuk lakukan siasatan secepat mungkin. SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa tangkapan lagi,” katanya.

Sementara itu, JPJ menerusi kenyataan media hari ini turut mengesahkan penahanan pegawainya semalam membabitkan lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka.

Menurut kenyataan itu, kolaborasi bersama SPRM adalah usaha JPJ untuk memastikan jabatan itu bebas daripada salah guna kuasa dan rasuah sehingga menyebabkan ketirisan kepada hasil negara.

“Usaha ini tidak berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama padu daripada warga JPJ sendiri.

“Pengurusan JPJ berterima kasih kepada pegawai dan anggota yang terus menegakkan integriti dalam menjalankan tanggungjawab,” kata kenyataan itu, hari ini. 

Tindakan itu adalah manifestasi jelas JPJ yang tidak berkompromi dengan aktiviti boleh menjejaskan nama baik dan integriti jabatan, kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.