nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Institusi kerajaan, NGO perlu main peranan perkasakan tulisan Jawi-PM

12 APRIL : Institusi utama kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu main peranan masing- masing bagi mempromosi aspek budaya dan warisan melalui aksara Jawi supaya Malaysia tidak hilang identiti sebagai sebuah negara bangsa.

Berikutan itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri memperbanyakkan penggunaan tulisan jawi sama ada dalam segmen papan tanda dan penganjuran acara.

Katanya, tulisan Jawi adalah sebahagian identiti negara yang bukan saja perlu dipertahankan tetapi diperkasa kembali sebagai pemangkin kepada perpaduan melalui seni dan warisan.

“Saya berharap institusi utama seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, kerajaan negeri dan NGO akan bersama mempromosi aspek budaya dan warisan melalui aksara Jawi.

“Dalam hal ini, semangat, roh dan perkembangan tulisan Jawi ini mesti sentiasa dihidupkan,” katanya berucap melancarkan buku “Budi Asas Tamadun” dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Kuala Lumpur hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Perdana Menteri berkata, tulisan Jawi sudah sebati dalam pendidikan, sosio-budaya dan cara hidup masyarakat Melayu sejak Islam bertapak di Nusantara.

Katanya, ia juga boleh diperakukan yang pendidikan al-Qalam masyarakat Nusantara bermula dengan aksara jawi yang juga adaptasi daripada huruf Hijaiyah al-Quran dengan tambahan beberapa huruf cipta padanan untuk disesuaikan dengan sebutan lidah orang Melayu.

“Selain begitu dekat kaitannya dengan Al-Quran, hadis dan kitab ilmuan, tulisan jawi juga menzahirkan rentetan tamadun tinggi sebuah bangsa yang mengandungi nilai estatika serta nilai kemanusiaannya.

“Melihat kepada fungsi dan peranan tulisan jawi yang sangat penting dalam sejarah negara dan sebagai kerajaan yang peka dengan asal-usul kita, warisan bangsa dan agama, maka sudah sampai masanya kita ‘mengapungkan semula teras terendam’, menghidupkan semula warisan bangsa yang penuh daya tarikan, aspek estetika, seni dan mesej penggemblengan nilai ini,” katanya.

Muhyiddin turut memaklumkan, Kementerian Pendidikan sudah mula menggalakkan pembelajaran jawi elektif bagi pelajar yang berkelayakan tanpa paksa.

“Saya berpandangan, setiap bangsa harus tidak mengabaikan elemen atau unsur warisan bangsanya. Selain itu, dalam konteks masyarakat majmuk, mereka yang mempunyai minat dan keinginan untuk membabitkan diri dengan aspek seni, budaya dan warisannya, amat wajar dan adil jika kerajaan memberi galakan setimpal. Insya Allah, kita akan berikan galakan yang setimpal,” katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya anjuran Yayasan Budi itu adalah langkah tepat dan perlu diperluas ke seluruh negara.

Selain itu, katanya, buku Budi Asas Tamadun yang dihasilkan Rais bersama 13 penulis yang juga sahabatnya mencetus pemikiran semua pihak menerusi pandangan dan teguran tajam, kritis serta membina dalam menzahirkan kebimbangan dan teguran terhadap hilangnya budi dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

“Karya ini amat sesuai untuk digarap dan digilap sebagai pembidang pemikiran kerana dalam usaha kita menuju negara maju, budi yang seharusnya menjadi sebahagian inti jati diri dan batu asas kepada ketamadunan Malaysia tidak boleh dibiarkan hanyut lantaran pengaruh budaya luar atau gersangnya masyarakat kita daripada asuhan sebenar aspek budaya tinggi ini.

“Kita semua memiliki beberapa lunas tanggungjawab untuk bersama-sama membina masyarakat sopan-santun, anak-anak bersahsiah dan membina masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.